Kita tahu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad
Jazlan Yaakub, telah mengumumkan penarikan sokongannya terhadap Muhyiddin
Yassin sebagai Perdana Menteri. Dewan Rakyat hari ini mempunyai 220 kerusi (2
kosong), maka majoriti mudahnya adalah 111 kerusi. Dibuktikan melalui
pengundian belah-bahagi Bajet 2021 Bacaan Ketiga baru-baru ini bahawa itulah
majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin. Maka dengan penarikan sokongan oleh Ahli
Parlimen Machang, hilanglah majoriti Muhyiddin. Sahkah untuk dia terus
bertindak sebagai Perdana Menteri?
Perlembagaan tidak pernah menyatakan bahawa seseorang Ahli Parlimen itu perlu keluar dari parti komponen pemerintah untuk menarik balik sokongannya kepada seorang Perdana Menteri. Jadi tindakan Jazlan sudah memadai bagi membuktikan bahawa Muhyiddin sudah kehilangan majoriti.
Dalam hal perlantikan Perdana Menteri, Perlembagaan Persekutuan menyatakan;
Perkara 43(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
Dan dalam hal kehilangan kelayakan sebagai Perdana Menteri pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan;
Perkara 43(4) menyebut Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Kedua-dua klausa ini menunjukkan yang sokongan parti politik tidak ada nilai undang-undang di sisi Perlembagaan bagi menunjukkan "kepercayaan majoriti." Kalau parti membuat keputusan masih percaya kepada seorang Perdana Menteri, tetapi sebahagian Ahli Parlimen parti tersebut menyatakan sebaliknya, seorang Perdana Menteri akan tetap hilang kepercayaan majoritinya.
Soalnya, bolehkah Agong membiarkan seorang Perdana Menteri kekal berkuasa ketika mana baginda tahu yang Perdana Menteri tersebut sudah hilang majoritinya? Merujuk Perkara 43(4) di atas, jika seorang Perdana Menteri seperti Muhyiddin yang tahu dia sudah hilang kepercayaan majoriti tetapi terus kekal menjadi Perdana Menteri tanpa pergi menghadap Agong untuk sama ada meletak jawatan atau memohon membubarkan Parlimen (bukan pilihan ketika ini), lalu apa status kerajaan yang dipimpinnya?
Jika Muhyiddin terus berdegil, apakah akan berlaku krisis perlembagaan?
Zukri Aksah
Ketua Komunikasi Nasional
Gerakan Reformasi 98 - GERAK 98
#AkuKeadilan #kamikeadilan #neoreformia #LawanTetapLawan #keadilan21tahun #DSAI4PM #reformasi98 #GERAKANREFORMASI98 #GERAK98
Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail
Mohamad Ezam Nor Parti Keadilan Rakyat Pakatan Harapan Gerakan Reformasi
Nasional Ahmad Jazlan Yaakub Official