MOKHTAR SENIK BUAT PERUMPAMAAN MENYIMPANG YANG MENYERLAHKAN KEBODOHANNYA


Image may contain: text

Melucukan bila Mokhtar Senik kata, jika mahu bawa Islam, kena melalui parti Islam. Tentulah maksud beliau wajib menyertai parti beliau, iaitu parti lebai yang menjual agama sekarang ini.

Ostat yang popular dengan kisah "Fikah" iaitu tunjuk "Scud" dalam mesengger serta kisah "Leena" iaitu peristiwa vellfire pecut lari dari stesen Petronas membawa perumpamaan jika mahu pergi ke Kg Guai, Temerloh, perlu naik bas yang menuju ke Kg Guai, Temerloh. Tidak sampai ke Temerloh jika naik bas ke Kemaman, katanya. Lepas tu, ostat katik ni pun menggelar orang lain yang juga berstatus Ustaz sebagai "benak". Inikah ungkapan dari seorang yang bertaraf ulamak parti yang dikatakan bawa Islam itu?

Aku melihat yang paling benak dan bodoh adalah Mokhtar anak Senik ini sendiri. Perumpamaan yang dia bawa itu pun sudah cukup untuk memperbodohkan dirinya. Dia rasa dia cerdik kerana memberi tazkirah kepada walaun bodoh.

Kalau bas yang mahu dijadikan perumpamaan, kita boleh pilih mana2 bas yang

terbaik

asalkan menuju ke destinasi yang kita mahu tuju. Mokhtar Senik hanya bercakap soal bas ada sebiji sahaja, sedangkan sekarang ini banyak destinasi yang mempunyai banyak syarikat bas. Jika kita tidak mahu pilih bas yang buruk, selalu rosak tengah jalan dan pemandunya sering mabuk, bawa bas berpusing2 tiada hala tuju, elok kita pilih bas yang cantik dan dipandu oleh pemandu yang berdisiplin dan tidak mabuk. Jangan pilih bas hanya kerana bas itu berwarna hijau dan ada tulisan jawi, sedangkan bas tersebut sentiasa rosak, dan dipandu oleh pemandu yang selalu bawa bas tiada hala tuju. Macam orang mabuk. Kita tanya lain, dia jawab lain.

Maksudnya, Islam bukan boleh terlaksana hanya kerana ada nama Islam pada parti. Jenama bukan penentu. Kerajaan Turki berjaya bukan kerana parti pemerintahnya ada jenama Islam. Kerajaan negeri Kelantan kekal sebagai kerajaan yang tidak membangun, miskin dan tidak mampu bayar gaji kakitangannya sendiri tanpa berhutang dengan Pusat dan wakil2 rakyatnya mewah dengan kereta baru Mercedes, walaupun kerajaan itu diperintah oleh parti berjenama Islam. Adakah itu ciri2 Islam yang dimaksudkan oleh Mokhtar Senik?

Paling dahsyat, parti yang berjenama Islam ini jugalah yang bersekongkol dengan puak pengkhianat bagi merampas mandat rakyat di Putrajaya kerana mereka gila kuasa dan jawatan.

Kesimpulannya, pilihlah bas yang baik dan selamat, bukannya melihat kepada warna hijau bas dan bertulisan jawi semata2 tetapi dipandu oleh pemandu yang tidak tahu ke mana mahu dibawa bas berkenaan. Anda akan sesat.

WFAUZDIN NS