Melucukan bila Mokhtar Senik kata, jika mahu bawa Islam, kena
melalui parti Islam. Tentulah maksud beliau wajib menyertai parti beliau, iaitu
parti lebai yang menjual agama sekarang ini.
Ostat yang popular dengan kisah "Fikah" iaitu tunjuk
"Scud" dalam mesengger serta kisah "Leena" iaitu peristiwa
vellfire pecut lari dari stesen Petronas membawa perumpamaan jika mahu pergi ke
Kg Guai, Temerloh, perlu naik bas yang menuju ke Kg Guai, Temerloh. Tidak
sampai ke Temerloh jika naik bas ke Kemaman, katanya. Lepas tu, ostat katik ni
pun menggelar orang lain yang juga berstatus Ustaz sebagai "benak".
Inikah ungkapan dari seorang yang bertaraf ulamak parti yang dikatakan bawa
Islam itu?
Aku melihat yang paling benak dan bodoh adalah Mokhtar anak
Senik ini sendiri. Perumpamaan yang dia bawa itu pun sudah cukup untuk
memperbodohkan dirinya. Dia rasa dia cerdik kerana memberi tazkirah kepada
walaun bodoh.
Kalau bas yang mahu dijadikan perumpamaan, kita boleh pilih
mana2 bas yang
terbaik
asalkan menuju ke destinasi yang kita mahu tuju. Mokhtar Senik
hanya bercakap soal bas ada sebiji sahaja, sedangkan sekarang ini banyak
destinasi yang mempunyai banyak syarikat bas. Jika kita tidak mahu pilih bas
yang buruk, selalu rosak tengah jalan dan pemandunya sering mabuk, bawa bas
berpusing2 tiada hala tuju, elok kita pilih bas yang cantik dan dipandu oleh
pemandu yang berdisiplin dan tidak mabuk. Jangan pilih bas hanya kerana bas itu
berwarna hijau dan ada tulisan jawi, sedangkan bas tersebut sentiasa rosak, dan
dipandu oleh pemandu yang selalu bawa bas tiada hala tuju. Macam orang mabuk.
Kita tanya lain, dia jawab lain.
Maksudnya, Islam bukan boleh terlaksana hanya kerana ada nama
Islam pada parti. Jenama bukan penentu. Kerajaan Turki berjaya bukan kerana
parti pemerintahnya ada jenama Islam. Kerajaan negeri Kelantan kekal sebagai
kerajaan yang tidak membangun, miskin dan tidak mampu bayar gaji kakitangannya
sendiri tanpa berhutang dengan Pusat dan wakil2 rakyatnya mewah dengan kereta
baru Mercedes, walaupun kerajaan itu diperintah oleh parti berjenama Islam.
Adakah itu ciri2 Islam yang dimaksudkan oleh Mokhtar Senik?
Paling dahsyat, parti yang berjenama Islam ini jugalah yang
bersekongkol dengan puak pengkhianat bagi merampas mandat rakyat di Putrajaya
kerana mereka gila kuasa dan jawatan.
Kesimpulannya, pilihlah bas yang baik dan selamat, bukannya
melihat kepada warna hijau bas dan bertulisan jawi semata2 tetapi dipandu oleh
pemandu yang tidak tahu ke mana mahu dibawa bas berkenaan. Anda akan sesat.
WFAUZDIN NS