Menteri bodoh, rakyat mula lupakan MN, PN
Mohd Asri Bakar
Ni saya nak bagi nasihat secara peribadi kepada mana-mana parti sekalipun yang ada di Malaysia hari ini.
Jika korang mengambil alih pentadbiran negara ataupun negeri….walau dengan apa cara sekalipun, samada tebuk atap atau lalu pintu belakang, korang lantiklah Menteri-menteri Kabinet atau Menteri-Menteri Besar yang cerdik (walaupun mukanyer tak hensem, tu takpe).
Bila kau lantik Menteri Kabinet atau Menteri Besar yang agak dangkal dan tolol….kawan-kawan dalam parti pun bengkek, meluat dan menyampah. Akhirnya..orang yang melantik mereka semua tu lah yang akan di persalahkan. Cam Yiddin lah…daripada 73 menteri lantikannya itu…hampir 80% tidak berfungsi dan agak sedikit bodoh. Mula-mula sekali…rakyat menyampah, pastu..geng2 dia pulak yang meluat. Salah sape?.
Saya bagi contoh bagaimana jatuhnya MB Perak semalam, itu pun salah satu cara penolakan KASAR oleh geng2 PN atau MN itu sendiri. Sifat dan sikap MB Perak itu agak keterlaluan bodohnya. Mmg padanlah ngan muka dia yang sedikit suram dan menyeramkan. Sikit masa lagi….MB Kedah yang agak baghal dan dungu itu pun, pasti akan mengikut jejak langkah Peja. Tetapi kan…dalam ramai2 MB-MB kat Malaysia ni..MB Kelantan lah yang paling parah sekali. Semua perintah, perancangan dan arahan mesti datang dari Si Amar Pendek (katik) sdn bhd. Dia hanya jadi tunggul kayu dan tolong bacakan doa makan jer. Namun, kerana dek Adun-adun negeri di kuasai oleh geng2 PASik, kedudukan dia masih lagi selamat. Mungkin kita harapkan selepas PRU 15..ianya akan mengubah wajah Kelantan, kan?. Bagaimana pula kedudukan Hajiji di Sabah?. Mungkin tiada sinar lagi baginya di sana. Maklumat yang di terima..begitulah adanya.
Rungsing? Keliru?. Anda tak perlu takut sebenarnya. Percayalah, PN dan MN akan terhapus dalam masa yang terdekat ini. Yiddin dan Azmin pula…perlu bersiap-siap untuk mengemaskan bilik pejabat dan balkoni kerana dengarnya MP2 UMNO sudah berjanji untuk menggegarkan PUTRAJAYA sekali lagi.
Kata2 pemimpin2 PAS konon2nya UMNO kini menjadi petualang kepada Melayu dan Islam..kita abaikan sahaja. Takde faedah apa2 pun ketika bersama-sama dengan PAS. Bukannya PAS yang menunjukkan JALAN YANG LURUS, malah kini PAS bernafas di dalam KEHIDUPAN ATAU KEADAAN HIDUP YANG BENGKOK.
Bagus jugak dengan penubuhan MN tu. Ada banyak hikmahnya. Antaranya, UMNO dapat melihat sendiri kerakusan dan penyelewengan pemimpin2 PAS dalam melayari bahtera negara dan negeri. PAS..tidak akan di percayai oleh sesiapa lagi. Tinggallah mereka dengan golongan-golongan pewalak bodoh tetapi tetaplah PEKAK dan BISU!!!.