Menerima kunjungan hormat TYT Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar
Amerika Syarikat ke Malaysia hari ini.
Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara termasuk
perkembangan pasca Pilihan Raya Presiden yang dimenangi Joe Biden.
Malaysia-Amerika Syarikat mempunyai sejarah panjang dalam
perdagangan dan hubungan antara dua hala. Saya mengharapkan hubungan kedua-dua
negara akan terus stabil dan kukuh.