Hebat Anuar Musa. Selamba je dia sound parti dia sendiri untuk membela Muhyiddin. Dia minta umno sedar diri, jangan minta lebih-lebih kerana Umno parti kalah, tak berhak tuntut bukan-bukan dari kerajaan pintu belakang Muhyiddin.
Eh, Anuar Musa lupa kot bahawa dalam kerajaan PN pintu belakang ini, mana satu parti yang menang? Cuba tunjuk. Parti Bersatu? Bila masa parti Bersatu menang dlm Praya untuk jadi kerajaan? Sewaktu PRU14, parti yang menang dapat majoriti untuk bentuk kerajaan adalah parti Keadilan kerana parti ini lah yang didaftarkan untuk bertanding di mana semua parti di dalam PH guna logo ini.
Bersatu yang turut guna logo Keadilan hanya menang 13 kerusi Parlimen saja. 13 kerusi ini saja modal Bersatu, kemudian mereka membeli beberapa MP dari Umno untuk sertai Bersatu dan berada di dalam PH. Daripada jumlah tersebut, kumpulan Mahathir pula kena campak keluar apabila Muhyiddin mula bersama semburit untuk khianat dan belot kepada kerajaan PH. Soalannya, bila masa Bersatu menang praya dan berhak tubuh kerajaan?
Anuar Musa orang lama dalam.politik, takkan sebodoh itu fikirannya demi untuk membodek Muhyiddin dan kutuk Umno, partinya sendiri? Dia lupa jasa Zahid Hamidi yang angkat semula dia walaupun dia tewas bertanding dalam.pemilihan Umno dulu. Kalah teruk Anuar Musa ketika itu. Sekarang, bila dapat jawatan dari Muhyiddin dan takut kerajaan khianat ini tumbang, beliau sanggup rendahkan martabat partinya sendiri. Takut skandal jual aset di Wilayah Persekutuan terbongkar jika kerajaan khianat ini tumbang?
Umno harus berani bertindak. Jika PH tidak bekerjasama dengan Umno secara 'enbloc', Umno juga tidak akan bekerjasama dengan PH jika ada Dap, namun PH berani menentang kerajaan pengkhianat ini secara terbuka. Umno berani berbuat demikian? Atau sekadar wayang kulit di hadapan ahli-ahli Umno sahaja?
Mana parti yang kononnya dikatakan parti keramat itu?
#TolakBajet
#MuhyiddinOut
WFAUZDIN NS