BERDAMAILAH DENGAN SEJARAH, MENYEGARKAN PEMIKIRAN WASATI DALAM MENYOROT TRAGEDI BERDARAH MEMALI



Antara watak² rapat dalam peristiwa Memali dan masih hidup adalah ; Dato' Yusuf Husain (Pak Cup) dan Ustaz Abd Wahab Hasan (Us Awang Lanai), keduanya merupakan orang kanan Ust Ibrahim dan YDP Pas Baling ketika peristiwa itu berlaku. 

2. Tanpa perlu berbolak balik, peristiwa Memali berlaku kerana 'desakan' UMNO Baling melalui jurucakapnya dalam Perhimpunan Agung UMNO, Dato' Saroji Harun (alm) supaya Ustaz Ibrahim diambil tindakan . 

3. Tidak boleh dinafikan bahawa peristiwa Memali sememangnya tercetus berpunca dan bersebab dari pertembungan Pas dan UMNO, itulah faktanya!!! 

4. Namun, dengan perkembangan zaman, watak penting dalam peristiwa Memali ini, Pak Cop telah bersetuju untuk berdamai dengan sejarah (memaafkan UMNO walaupun pahit katanya) setelah 34 tahun peristiwa itu berlaku.

5. Bagus, dan itulah sepatutnya yang dilakukan, biarlah sejarah merekodkan dan biarlah mereka yang terlibat diadili di mahkamah Mahsyar kelak. 

6. Pendokog kuat kepada fatwa syahidnya penduduk Memali yang masih hidup antaranya adalah Ustaz Awang Lanai, saya tak pasti apakah beliau juga sudi berdamai dengan sejarah kerana partinya telah 'berdamai' dengan UMNO itu. 

7. Apapun, sebagai noktah permulaan atas perdamaian dengan sejarah itu, kita seharusnya perlu menyegarkan kembali pemikiran Wasati (pertengahan dan tidak taksub kepada kumpulan atau parti, tetapi setia kepada kebenaran). 

8. 2015, apabila Amanah ditubuhkan, Ustaz Awang antara orang yang mengeluarkan pandangan supaya 'puak² tu dibunuh' (boleh jadi yang dimaksudkan politik mereka) bersandarkan sepotong ayat Al Quran dan juga cuplikan dari kitab Ahkam As Sultaniah, berita ini dilaporkan oleh Harakah, pemberita yang melaporkan bernama Izwan Halim (tetapi telah di404kan). Ini bukan pemikiran Wasati. 

9. Berdamai dengan sejarah memerlukan kita berhati² dalam berinteraksi dengan pergolakan semasa. Jangan pula 'tala' hujah dan dalil sejarah kepada pihak yang tidak disenangi pada ketika ini. 

10. Amanah, sebuah parti yang lahir hasil dari krisis dan konflik, baja yang menyuburkannya adalah pemikiran 'ganas' takfiri yang sentiasa menjadikannya sebagai 'tempat lepas geram' akan sentiasa menyegarkan pemikiran Wasati dalam berpolitik. 

Kita sentiasa 'tengah', tidak melampau, InsyaAllah.


By Ustaz Ridzwan Abu Bakar

19 Nov 2020