“Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi COVID-19,” tegas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, tidak timbul soal menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, jika menolak Belanjawan 2021 yang tidak mengutamakan agenda melawan COVID-19.