SATIRA POLITIK SEMASA – SIAPA VICE CAPTAIN?


 Oleh: C. Nicholl (Bahagian III)

Lelaki berbadan gempal menarik kerusi berhadapan Najib untuk Muhyudin duduk. Najib, disebelah kirinya Zahid dan disebelah kanannya Maslan, turut bangun sebagai tanda hormat kepada pm yang datang duduk di meja mereka bertiga.

Lelaki berbadan gempal menarik kerusi di kanan Muhyudin dan terus duduk, lagaknya seperti kerusi itu yang sedari tadi adalah milik dia.

Di belakang Najib kelihatan Hadi datang berdiri dan Maslan yang ketika itu masih juga berdiri dan belum kembali duduk, memberi ruang kepada Hadi.

‘Silakan Haji..ambil tempat saya sebelah bossku.’ Kata Maslan jelas.

Di belakang Hadi, Tuan Man menyempil dan terus duduk dikerusi disebelah kanan Hadi, kerusi paling hujung di meja untuk lapan orang itu.

Maslan terus berpindah tempat duduk ke sebelah kiri Muhyudin yang masih lagi kosong berhadapan Hadi.

Redzuan, Takiyudin, Annuar dan Ismail memenuhi meja bersebelahan yang memuat lapan orang juga. Kelihatan pemain dari Sarawak, Abang Openg, Junaidi dan Fadilah juga bersama di meja mereka berempat. Satu lagi kerusi masih kosong.

Kelihatan semakin ramai pemain-pemain pasukan mereka datang dan memenuhi setiap meja dan kerusi-kerusi yang masih kosong. Begitu ramai dan meriah sekali.

Sebentar kemudian para pelayan kedai membawa dan menghidangkan berdulang-dulang satay ke semua meja. Ada ayam, daging, bebiri, kambing dan juga rusa. Ini di ikuti dengan air sirap bandung di dalam jag yang besar-besar.

Seperti biasa, Muhyudin yang tidak gemar dengan sirap manis, berbisik kepada lelaki gempal disebelahnya.

‘Saya ndak milo suam, kurang manis.’ Katanya perlahan.

Semasa menikmati satay, mereka semua tidak banyak bercakap. Mungkin begitu kelaparan selepas menghadapi tayar bas pancit dan menunggu tanpa sebarang minuman, kehausan.

Selepas lebih kurang 15 minit berlalu dan sedang ramai dari pemain-pemain itu yang kelihatan hampir menyapu bersih hidangan di depan mereka, termasuk ketupat, timun dan bawang, tiba-tiba kelihatan Assmin, bersorangan di pintu masuk.

Dia yang selama ini tidak ikut bersama mereka didalam bas, tetiba muncul dengan tidak disedari ramai pemain.  Dia terus berjalan manghala ke arah meja Muhyudin.

Assmin adalah diantara beberapa pemain yang tidak ikut serta dalam bas kerana alasan yang diberi ialah mereka ini mabuk bas. Tiga pemain bergelar Tengku-tengku,  juga adalah antara mereka yang tidak pernah menaiki bas.

Assmin, yang tersenyum simpul sambil mengangkat tangan kanannya ketika melewati pemain-pemain lain semasa berjalan ke arah meja Muhyudin. Ternyata dia tidak popular dikalangan ramai pemain kerana tiada seorang pun yang membalas lambaiannya.

Dari satu meja kedengaran seseorang menyebutnya sebagai Assman dan diikuti dengan hilai ketawa yang agak kuat dari pemain-pemain yang semeja dengan suara sumbang itu.

Setiba dia di meja Muhyudin, dia berdiri di belakang Maslan dan sebelum dia sempat berkata, Hadi menegurnya terlebih dahulu.

‘Hai Assmin..naik kereta ke sini tak mabuk ke.. atau mabuk lain pula.?’. Ketujuh-tujuh pemain itu lantas mengalih pandangan mereka ke arah Assmin yang berdiri tegap dengan rambutnya terbelah dua. Kelihatan seperti sebotol gel rambut digunakan sebelum ke sini tadi.

‘Tak..’ jawabnya pendek.

‘You naik kereta apa?’ Tanya Zahid.

‘Oh..kereta dia sama macam yang di beli pemain-pemain Kelantan baru ni.’ Celah Maslan dengan cepat sebelum sempat Assmin menjawab.

Sambil menepuk bahu Maslan yang jelas memperlinya, dia bersuara dengan tegas.

‘Lan, you duduk di kerusi vice captain ni. Sila bangun, pindah cepat.. vice captain nak duduk ni.’

‘Sapa kata, tu kerusi vice captain..? ‘ Najib bertanya dengan nada yang agak tinggi dan keras.

Mendengar perlindungan dari Najib, Maslan tak bergerak.

‘Team kita dah ada vice captain ke captain..?’ Tanya Zahid kepada Muhyudin, separuh sarkastik.

‘Ya, sapa yang lantik vice captaing ni..?’ Tanya Hadi dengan loghat Terengganu.

‘Eh, haji ni. Semua pasukan ada captain dan vice captain la..semangat berpasukan.. tu la haji ni tak tahu..baru join team kita..tak tahu semua ni…’ kata Assmin yang jelas telinganya seperti kepanasan.

‘Ya la..tu semua kami faham..’ kata Najib. ‘Waktu saya captain dulu pun saya ada vice captain..ni sebelah saya ni..’ sambil melihat ke arah Zahid. ‘.. tapi saya sendiri yang lantik..

Soalnya sekarang Captain tak pernah lantik you jadi vice captain..tak kan you lantik diri you sendiri..?’

Jawapan Najib disambut dengan hilai ketawa yang kuat dari semua di meja itu termasuk Hadi dan Tuan Man yang paling kuat ketawa.

Ini menarik perhatian dari meja berdekatan terutama sekali dari meja Redzuan dan Annuar.

Setelah ketawa mereka reda, Zahid mencelah.

‘Betul kata bossku tadi tu. Vice captain ni mesti lah diberi kepada pemain yang handal dan pandai bermain.. I tak nampak you pandai..berapa score you berbanding dengan pemain lain.?’

Tuan Man yang dari tadi asyik ketawa terus menyambung dengan agak lantang. ‘Cuba tanya orang dari meja sebelah..’

‘Tanya apa.. ?’ Imbas Redzuan berpura-pura, yang rupanya dari tadi asyik mengintip perbualan di meja sebelah bersama Annuar.

‘Nuar, mung pernoh maing ngang Assming ni?’ Tanya Hadi. ‘…berapa score dia ..?’

Annuar dan Redzuan yang sekarang juga bangun berdiri dan menghampiri meja Muhyudin, masing-masing berdiri di belakang Tuan Man dan Hadi.

‘Eh..tak pernah main, Haji..Tak pernah..jangan buat fitnah, haji.. orang lain tu..’ jawab Annuar disambut dengan ketawa yang semakin kuat dari kedua-dua meja.

‘Maksud saya maing bola Lisut lah..’ terang Hadi, sedang yang lain masih ketawa terbahak-bahak, sepertinya satay akan terkeluar semula.

Setelah suasana reda, Redzuan mencelah.

‘Mana dia boleh main..pegang bat pun tak betul.. kalah team kita nanti, kalau kasi dia main, captain.’ Tegas Redzuan sambil memandang captain ataupun pm Muhyudin. Muhyudin cuma membisu tapi ternyata turut terhibur dengan perbualan dan tawa.

‘Betul sangat tu, wan..aku pernah tengok dia main..macam pondan.. ha ha ha.’ Kata Najib sambil ketawa dan disambut dengan lebih kuatnya tawa dari semua pemain di kedua-dua meja.

‘Itu engkaulah..masa kau main golf. Terkepit-kepit masa pukul bola..macam pondan tua..’  kata Assmin membalas tapi jawapannya tenggelam ditengah-tengah tawa yang memanjang terutamanya dari Hadi, Tuan Man dan Maslan yang menepuk-nepuk meja. Juga ketawa dari pm mereka sendiri yang tidak banyak menolong untuk meredakan keadaan.

Soalnya, siapa bakal vice-captain pasukan mereka masih belum terjawab.

Bersambung ke Bahagian IV…