Nasib Pas lah, silap pilih kawan. Di Sabah, nak bertanding pun
disekat. Minta kerusi Menteri di Sabah, dihalang oleh parti gabungan GRS iaitu
Star dan PBS.
Namun yg selalu jadi musuh Pas adalah Dap. Hari2 wirid Dap. Tak
boleh laksana hudud, salahkan Dap. Tak boleh bahas RUU 355, kaitkan Dap.
Bahkan, alasan Pas untuk bersubahat dgn Muhyidin dan Jemin semburit untuk
merampas mandat rakyat dgn menubuhkan kjaan PN pun mereka guna alasan Dap
berada dalam PH.
Pas ni takde otak ke untuk berfikir atau hati telah digelapkan
dengan kuasa dan jawatan?
Sewaktu Pas berkawan dengan Dap dlm PR dulu, pernahkah Pas
dilayan seperti STAR dan PBS layan Pas di Sabah?
Di bawah kjaan Dap P.Pinang dulu, wakil rakyat Pas dapat jawatan
yg diberi oleh kjaan P.Pinang. Bahkan, Mat Sabu ketika itu timbalan presiden
Pas diberi jawatan penting di dalam menjaga air di P.Pinang. Dap tidak
meminggirkan Pas di P.Pinang. PR ketika itu beri kerusi kpd Pas bertanding
walaupun di P.Pinang kawasan kuat Dap.
Tetapi Pas tidak pernah fikir baik. Sanggup burukkan Dap seolah2
Dap lah punca negara ini bobrok dan penuh skandal rasuah besar. Seolah2 yg
sekat Pas untuk bergerak kononnya nak bawa Islam itu penghalangnya Dap. Begitu
sekali Pas melihat Dap. Sedikit pun Dap tiasa jasa kepada Pas.
Nah, Allah pamerkan depan mata. Pas di buli semahunya di Sabah.
Pas hanya tunjuk hebat dalam muktamar parti mereka sahaja. Di situ mereka
bercakap bagaikan nak pecah dewan muktamar. Takbir mereka bergema seperti nak
runtuh dewan. Pemimpin pula bercakap seolah2 berani mati berjihad, tunjuk hebat
depan muktamirin.
Hakikatnya, lihat sendiri Pas di luar. Sebelah kaki dalam perahu
PN, sebelah kaki lagi dalam perahu MN. Bila PN tuju ke utara, MN tuju ke
selatan, Pas akan terkoyak kangkang. Lepas sakit celah kangkang, marah kat Dap.
WFAUZDIN NS