APA UNTUNGNYA MAHATHIR TUNJUK KEBODOHAN DAN HATI BUSUKNYA

 

Teori mata Anwar lebam: kena tumbuk atau kepala kena hantuk ke dinding? |  Jom Kita Baca



Mahathir kata, dia bebaskan Anwar, tapi Anwar lawan dia. Mahathir ni bukan orang bodoh tapi mengapa nampak macam bodoh? Sebab dendam peribadinya kepada Anwar menjadikan dia terpaksa berbuat bodoh.

Dia jadi PM pun atas sokongan siapa? Kalau Anwar tidak sokong, boleh dia jadi PM? Bila dia jadi PM, dia jalankan tugas sebagai PM untuk melakukan proses pengampunan diraja kepada Anwar itu atas kehendak Anwar atau kerana itu janji di dalam manifesto PH ? Atau dia memang baik hati bebaskan Anwar tanpa terikat dengan janji? Sebab janji juga, Wan Azizah yang ditawarkan oleh Agong untuk jadi PM menolaknya dan menamakan orang tua ini sebagai PM. Kerana itu janji, faham?


Dr Mahathir jumpa dan bersalam erat dengan Anwar di mahkamah – Malaysia  DatelineDr Mahathir jumpa dan bersalam erat dengan Anwar di mahkamah – Malaysia  Dateline


Betul ke Anwar sepanjang masa melawannya? Bukankah di saat akhir sebelum kerajaan PH dikhianati, Anwar sendiri mencadangkan Mahathir terus menjadi PM bukan sahaja selepas APEC, bahkan kalau sampai dikambus tanah pun tidak mengapa. Kamu yang letak jawatan, kamu yang merahsiakan untuk meletak jawatan, tiba-tiba kamu kata Anwar menentang kamu?

Sudah-sudah lah Mahathir. Lebih baik duduk diam dari terus menunjukkan kebodohan dan hati busuk kamu.

WFAUZDIN NS