Kempen
'Save Kelantan' yang dilancarkan Senator Husam Musa baru-baru ini merupakan
langkah berstrategi untuk menggempur Pas Kelantan yang tidak berupaya
membangunkan negeri itu.
Menurut
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu, Azan Ismail, strategi Husam
dijangka akan menarik minat golongan muda dan pengundi anak rantau yang tidak
berpuas hati di atas kegagalan kerajaan Pas menyelesaikan masalah air bersih
biar pun beberapa pemimpin parti itu telah menjadi menteri Persekutuan.
"Apa
yang Husam cuba utarakan adalah kepimpinan Pas sama ada di Kelantan tidak
menunjukkan kesan yang baik selepas 3 tahun memerintah.
"Strategi
Husam adalah untuk memberi penerangan kepada rakyat bahawa Pas tidak berjaya
bawa apa yang dijanjikan (sejak puluhan tahun).
"Saya
pasti, berbaki dua tahun lagi mustahil untuk Pas laksanakan apa yabg dijanjikan
mereka dalam pilihan raya sebelum ini," katanya ketika dihubungi Suara
Keadilan.
Baru-baru
ini Husam melancarkan kempen 'Save Kelantan' sebaik sahaja beliau meletakkan
jawatan sebagai Naib Presiden dan Bendahari Amanah Pusat.
Perletakkan
jawatan tersebut, kata Husam, bagi membolehkan beliau menumpukan lebih banyak
perhatian kepada negeri Kelantan dan melaksanakan strategi tersendiri
menghadapi Pas di kubu kebal mereka.