GERAK98 - MALAM TADI DI PERAK, MALAM INI DI KELANTAN DAN PETANG ESOK DI TERENGGANU

 

Saya masih ingat, sewaktu INVOKE di bawah Sdr

Rafizi Ramli

mengadakan jelajah ke seluruh pelusuk negeri sebelum PRU14 yang lalu, gerakan ini dipandang sinis dan dipandang serong oleh beberapa pihak.

Jelajah INVOKE yang begitu mendapat sambutan akar umbi dituduh sebagai satu gerakan yang tidak direstui oleh parti Keadilan dan dianggap 'parti di dalam parti'. INVOKE dituduh sebagai pemecahbelah parti dan berkepentingan peribadi untuk mengangkat Sdr

Rafizi Ramli

sebagai pemimpin parti dan waktu itu tuduhan banyak dilakukan oleh puak2 kartel yang amat takut kepada pengaruh dan kekuatan INVOKE, khususnya bekas MP Pandan tu. Akhirnya terbukti, gerakan INVOKE bukan untuk Rafizi tetapi untuk rakyat sehinggakan kerajaan kleptokrasi berjaya ditumbangkan. Rafizi tidak bertanding pun dan tiada jawatan apa2 pun setelah kerajaan PH menjadi kerajaan.

Sekarang, tohmahan hampir sama berlaku terhadap GERAK98 di bawah Sdr

Mohamad Ezam Nor

. Sekali lagi nama parti digunakan bahkan nama keluarga Anwar Ibrahim dikaitkan kononnya GERAK98 tidak direstui oleh Keadilan dan Anwar. Kita semua tahu, sehingga kini tiada satu arahan pun samada dari parti atau Anwar sendiri yang melarang penglibatan ahli2 parti Keadilan terutamanya untuk menyertai atau menyokong GERAK98. Sama juga seperti INVOKE, GERAK98 berdiri atas kakinya sendiri bukan ditaja oleh parti tetapi komited membawa prinsip dan perjuangan reformasi. Reformasi bukan hanya sekadar menjerit dengan kuat "REFORMASI", bukan hanya sekadar kita memakai T-Shirt reformasi, tidak cukup dengan membuat kenyataan media menyokong Anwar Ibrahim atau sekadar bermunajat.

REFORMASI harus diterjemahkan maksudnya kepada rakyat jelata. Slogan ini harus sentiasa bernyawa dan digerakkan ke merata tempat agar rakyat memahami mengapa kita harus mendokong reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Rakyat harus diberitahu siapakah musuh2 reformasi dan siapakah yang telah menggagalkan agenda reformasi sewaktu PH diberi peluang memerintah selama 22 bulan. Reformasi adalah sebahagian dari politik Islam yang disebut sebagai "Islah".

Ayuh, kita gerakkan agenda ini. Gunakan apa sahaja aset dan kekuatan yang kita ada untuk melakukannya. Gunakan kelebihan yang kita ada untuk merealisasikan perjuangan ini. Mereka yang pandai menulis, maka menulislah tentang perjuangan ini. Bagi yang pandai berpidato, maka gunakan kelebihan itu. Sesiapa yang mahir berkomunikasi melalui media sosial atau FB Live seperti hero kita

Iswardy Morni

atau

Syed Shah Syed Osman

dan beberapa yang lain, maka pergunakan kelebihan itu. Bagi mereka yang memiliki sedikit harta atau kewangan yang Allah kurniakan, berilah sumbangan untuk membantu. Kita orang biasa juga ada peranannya iaitu membantu atau menyokong sedaya upaya kita. Jangan kita habiskan masa berbalah sesama kita darihal isu yang tiada kaitan dengan kepentingan rakyat.

Jangan lupa, malam ini di Salor, Kelantan. Petang esok di Kuala Terengganu. Kita semakin menghampiri Putrajaya untuk meneruskan mandat yang telah dirompak sebelum ini. Jangan benarkan sesiapa pun untuk menghalang usaha murni ini.

WFAUZDIN NS