Jika dirasakan selesa bersama Umno dan sebagaimana Pas lakukan, silakan..biar dimaki 7 keturunan sebagaimana Umno jadi hari ini, pun jika nak kembali kepada parti lama, banyak lebai kelarah dalam tu..pun pilihan juga biar dicop sebagai petualang agama...dalam menyokong Anwar tidak juga mudah dan senang, jenuh juga tapi selagi dah terbiasa lama lama alah bisa tegal biasa....kalau ditakdirkan nak jadi pembangkang sampai mampoih..lawan sajalah
JAMZURI ARDANI
Selepas pengumuman DSAI hari Rabu lepas, kami sesama aktivis Amanah mula berdebat ... kalau terpaksa memilih untuk bersama antara PAS atau Umno, apa pilihan kita?
Kebanyakan kami tidak pernah membayangkan kemungkinan suatu hari
kami akan terpaksa memilih satu antara dua parti ini. Kami berdoa sesungguh
hati agar ianya tidak akan menjadi suatu pilihan yang dipaksakan ke atas kami.
Saya berdoa agar Pakatan Harapan terus melangkah ke hadapan
membawa obor politik yang sederhana, bermaruah, berintegriti, demokratik, dan
menjunjung prinsip keadilan sejagat. Kalah menang soal lain. Biar kita hilang
kuasa, asal tidak hilang maruah.