FOTO: BORNEO TODAY
Keputusan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir semalam tidak mempunyai sebuah
parti yang menang melepasi majoriti mudah 37 daripada 73 kerusi.
Manakala
parti berdaftar yang menang paling banyak kerusi adalah Warisan, mendapat 29
kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi dan BN 14 kerusi.
Berdasarkan
Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah boleh melantik ketua
sebuah parti berdaftar yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua
Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.
Perkara
tersebut juga ditegaskan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal dalam sidang
media pada awal pagi tadi, mengulas keputusan PRN Sabah.
“Kita
dapat lihat dalam keputusan ini satu parti yang paling besar memperoleh kerusi
ialah parti Warisan, iaitu dalam jumlah 29 kerusi yang telah kita menangi.
“Jadi
saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah
menunaikan semua tanggungjawab mereka iaitu untuk merealisasikan satu kumpulan
ahli-ahli yang terhormat yang dinobatkan untuk membolehkan kita untuk mewakili
rakyat di peringkat negeri Sabah.