NAMPAKNYA PILIHANRAYA SABAH TIDAK DIPENGARUHI ISU PEMIMPIN

 

HAMDAN TAHA

Image may contain: text that says "KERUSI DIMENANGI Parti Cinta Sabah (PCS) PILHAN AYA SABAH 2020 EXI Parti Warisan Sabah (Warisan) Parti Bersatu Sabah (PBS) 29 7 Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) United Progressive Kinabalu UPKO Organisation (UPKO) 1 Liberal Democratic Party (LDP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2 Barisan Nasional (BN) Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT) 14 RETIKATAN Perikatan Nasional (PN) Parti Kerjasama Anak Negeri (ANAK NEGERI) 17 Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) Parti Kebangsaan Sabah (PKS) BEBAS Bebas Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) 3 Sumber: Surahanjaya Pilihan Raya JUMLAH 73 Diterbitkan: 27 Sept 2020 Infografik Bernama"


Kemenangan yang sama seperti pru ke 14....cuma sekarang jumlah kerusi telah bertambah. Warisan masih kekal bergitu tetapi sahabat baik dia upko tidak membantu langsung. Dap kekal kuat...pkr menang dua kerusi seperti sebelumnya. Warisan parti Pendatang berjaya di lagu kan kepada masyarakat kadazan dan bumiputra sabah...mereka takut dan menolak atas isu itu...

Di sebelah BN pula hanya umno yang berjaya menang 14 kerusi,target menang 22. Mca tidak membantu langsung. Jika cina di sabah pun tolak mca....di semenanjung lebih teruk lagi. Umno kena ambil balik kerusi kerusi penting seperti tg malim dan tapah dan banyak lagi kerana mca mic tidak akan menang...

Pn menang 17 agak kuat kerana mereka bertanding di 29 kerusi. Terbukti di sabah tokoh itu penting. 10 dari bersatu yang bertanding semuanya Yb dan orang lama dan ada kewangan kukuh. Star dan PBS sama mereka untung kerana masyarakat mereka menolak upko...maka star dan PBS menang agak bergaya terutama star...sehingga calun bebas yg star sokong pun menang...

Di semenanjung kita tidak tahu bagaimana rakyat memilih....tapi boleh di katakan ada persamaan tempat tempat mejoriti melayu pasti akan memberi sokongan pada PN dan BN (umno). Sama seperti sabah yang pengundinya bumiputra...sapu bersih...

PH atau apa pun nama mereka selepas ini nampaknya sukar kerana semasa Tun Dr M menjadi PM di zaman PH telah merosakkan imej PH. Dap pula telah menghancurkan diri mereka kepada pengundi melayu tetapi berjaya kekalkan kekuatan pada masyarakat bukan melayu. PKR tersepit di tengah tengah...

Apa pun keputusan di sabah membuktikan....isu katak...lompat parti...rasuah....sex...main bini orang...sapu duit rakyat...apa juga isu pada tokoh politik tanah air....rakyat langsung tak ambik kisah....mereka tetap undi berdasarkan sentimen dan duit yang mereka dapat masa mengundi...mereka tak ambik kira isu isu peribadi pemimpin atau parti. Bukti calun lompat menang semua kecuali melalap...calun bebas tu pun lompat...menang....kerana kemampuan mereka di tempat masing masing....

Allahualam