Tamat jawatan, potong elaun ketua kampung tak wajar ketika Covid
Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Assalamu’alaikum YAB Tan Sri dan salam kemerdekaan. Rayuan meneruskan pembayaran elaun Pengerusi MPKK@Ketua Kampung.
- Telah sedia maklum kami Pengerusi MPKK@Ketua kampung adalah lantikan dari kerajaan terdahulu.
- Keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri dengan menamatkan pembayaran elaun 4 bulan lebih awal dari tarikh tamat kontrak adalah amat tidak wajar malah tidak patut sama sekali.
- Kerajaan sewajarnya menghargai semua Ketua Kampung sekarang ini yang telah bertindak sebagai antara frontliners di dalam membantu penduduk-penduduk Kampung ketika wabak COVID-19 dan perlaksanaan PKP yang lepas bukan dengan mengambil tindakan yang sungguh tidak berperikemanusiaan dengan menamatkan elaun Pengerusi MPKK@Ketua Kampung oleh KPLB yang memang sudah sedia ada ini terlalu sedikit.
- Kerajaan sewajarnya jika mahu melaksanakan proses pelantikkan JPKK & JPKKP bagi mengantikan MPKK boleh sahaja menamatkan terus MPKK itu sendiri. Namun mereka bertindak menghukum Ketua² Kampung dengan pembayaran elaun kurang dari separuh jumlah elaun yang asal.
- Mereka sewajarnya juga meneruskan Khidmat ketua² Kampung dengan elaun tambahan selari dengan bebanan tugas yang ditanggung kesan dari perlaksanaan PKP & PKPP & secara berseorangan memimpin Kampung tanpa bantuan AJK-AJK MPKK yang tidak diketahui statusnya untuk 4 bulan akan datang kesan dari Penamatan bayaran elaun Pengerusi MPKK lebih awal, iaitu ditamatkan mulai 1 Ogos 2020 sedangkan kontrak perkhidmatan mereka masih lagi ada sehingga 31 Dis 2020.
- Dengan ini saya sebagai Pengerusi Gabungan Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johor merayu kepada kerajaan Malaysia agar dapat mempertimbangkan utk menangguhkan dahulu keputusan Penamatan pembayaran elaun MPKK sekurang²nya sehingga tamat kontrak perkhidmatan Pengerusi MPKK@Ketua Kampung sedia ada ini pada 31 Disember 2020.
Semoga mendapat perhatian dan tindakan segera dari YAB Perdana Menteri.
Sekian, Terima Kasih.
Lt Kol (B) Hj Ismail bin Suarno
Ketua Kampung Serom 8,
Merangkap Pengerusi Gabungan Persatuan Ketua-Ketua Negeri Johor (GPKKJ)
Ketua Kampung Serom 8,
Merangkap Pengerusi Gabungan Persatuan Ketua-Ketua Negeri Johor (GPKKJ)