Apabila ada budak- budak Bersatu kata Umno hanya menumpang tuah Bersatu, ramai budak-budak Umno marah sebab mereka tahu Bersatu jauh lebih kecil pengaruhnya berbanding Umno. Bersatu nampak macam ramai MP sekarang tetapi semua tahu ianya datang dari MP-MP Umno yang lompat dan dari MP-MP Keadilan yang lompat. Bersatu original punya MP tidak lebih dari 12 orang, itu pun ada yang telah dipecat bersama Mahathir.
Jadi, ada lojiknya budak-BUDAK Umno bengang dengan dakwaan mereka.
Namun demikian, ada lojiknya juga budak Bersatu kata Umno hanya menumpang tuah Bersatu. Buktinya, sampai sekarang beberapa menteri dari Umno masih menenggek dalam kabinet Muhyidin. Walaupun dikatakan Bersatu itu parti nyamuk dan tiada pengaruh dan Umno itu besar pengaruhnya, mana mungkin Umno menenggek dan makan di suap dari tangan Muhyidin? Maka, jangan salahkan budak-budak Bersatu berkata sedemikian. Umno juga yang salah kerana tiada kekuatan politik dan prinsip. Tidak guna mempunyai jumlah MP yang ramai tetapi tiada kekuatan dan keberanian politik. Tidak berani kerana masing-masing ada fail di tangan Muhyidin gamaknya.
Jika benar-benar mahu buktikan Umno itu lebih hebat dan berpengaruh, Umno harus tinggalkan Bersatu sekarang. Jika Umno tinggalkan Bersatu, baru boleh kita menilai samada memang Umno kuat atau Bersatu yang lebih berpengaruh. Jika takut untuk melakukannya, maka tidak perlulah marah kepada budak2 Bersatu. Mengaku sahaja memang kamu lemah.
WFAUZDIN NS