Percaturan politik sengit selepas pengumuman Anwar
Via WhatsApp
Sy cerita apa yg sy tahu. DSAI tak kata GPS ke parti mana yg sokong. DSAI kata cukup majoriti yg lebih kuat berbanding Abah Din.
Semua pakat melompat. Kata kunci ada pada Zahid. Zahid kata apa? Zahid kata dia tak boleh nak sekat majoriti MP UMNO sokong DSAI.
Apa yg rakyat boleh tafsirkan empat keadaan.
Pertama, Zahid sedang beri mesej (mungkin ada tuntutan) dgn Abah Din.
Kedua, UMNO tidak mahu bersama dgn Bersatu dan PAS yg boleh gugatkan kedudukan mereka PRU-15. Terutama yg berlaku di Sabah.
Ketiga, kepimpinan Zahid sangat lemah tidak mampu mengawal ahli Parlimen dan kita tahu ada yg kecewa dgn Zahid.
Keempat, rancangan nk checkmate Abah Din supaya bubar Parlimen, dan putuskan hubungan dgn Bersatu. Fokus MN.
Jadi tidak timbul isu DSAI bohong dan omong kosong. Pendek kata depa yg nak tukar kerajaan. DSAI hanya menyambut. Peluang terhidang. Mengikut perkiraan sy, majoriti lebih dari 16 kerusi, sekiranya jadi. Sy jangkakan depa akn tarik balik sokongan bila mana Abah Din penuhi permintaan mereka.
Ada yg kata kau okey ke sokong PH + UMNO? Hat ni sy serahkan pucuk kepimpinan PH. Pendapat peribadi, bukan semua UMNO teruk ada je yg elok, kalau Mudin boleh bentuk kerajaan (simpan) Jibby yg dah didapati bersalah. Apa salahnya kita sambut yg elok dlm UMNO.
PAS pun boleh bentuk kerajaan dgn penyangak. Sy ok dgn MP UMNO yg mahu mengangkat agenda reformasi. Yg penting DSAI lead. Kena tgk dlu siapa yg sokong. Sy yakin DSAI akan tapis. Tun pun dulu kata, sy ok dengan UMNO. Tp bukan dgn Najib. Misi Tun jatuhkan Najib. Tp Muhyiddin salah percaturan.
Habis tu apa beza kita dan mereka. Beza kita dan mereka, depa sapu semua sampah (penyamun dan perasuah). Sy rasa mustahil DSAI tangkap muat. Kita kenal DSAI berprinsip dan cukup pantang dgn penyamun dan perasuah.
Jadi ke tak itu sudah ketentuan. Manfaatkan peluang. Berita ini adalah satu tekanan yg cukup hebat kpd mereka yg pernah khianat PH. Selebihnya kepada Allah kita berserah.