Mula sekali Pas telah tersilap langkah apabila bergabung dengan UMNO. Buat masa ini (dan untuk foreseeable future jugak) Umno adalah parti yang kedua lemah sekali dalam politik negara kita. Parti yang lemah sekali adalah Pas.
Jangan lupa bahawa apabila mereka kalah PRU14 (Mei 2018) - setelah 63 tahun memerintah negara (sejak first Federal elections pada 1955) - Umno / BN berada pada tahap yang paling lemah dalam riwayat politik mereka.
Walaupun UMNO/BN begitu lemah parti Pas pula hanya dapat menang 18 kerusi Parlimen dalam PRU14. Maksudnya Pas jauh lagi lemah daripada UMNO.
Jadi apabila Pas bergabung dengan Umno sekarang ianya adalah "marriage between two losers". Gabungan antara dua parti politik yang keduanya dunggu dan dinosaur gua kelawar.
Lukisan kartun berikut yang menunjukkan Pas menjadi kuli pacak bendera bagi BN dan Bersatu di PRN Sabah memberi gambaran yang sangat tepat akan kedudukan politik Pas. Pas sudah ditongsampahkan.
Pas tidak pernah mempunyai sebarang pemimpin yang intelligent atau handal. Inilah kelemahan Pas yang sangat kronik dari dulu sehingga ke hari ini, walaupun parti itu menarik minat wala'un yang berPhD dan sebegitu.
Kekuatan Pas berada kepada angkatan tentera penyokong yang simple dan kurang daya fikiran - terima kasihlah kepada sistem pendidikan negara kita.
Hashim Jasin membayangkan perkembangan dalam pendirian parti itu
muktamar ke-66 mereka berlangsung hujung minggu ini.
kita tengok perkembangan, selepas penamaan calon di Sabah.
“Tengok macam mana PAS akan tentukan sikap,” katanya
PAS menjalin hubungan dengan Umno tahun lalu
dan menerima Perikatan Nasional yang diilhamkan Bersatu
PRN Sabah 26 Sept ini, PAS yakin diperuntukkan 10 kerusi
Bagaimanapun PAS bukan saja tidak dapat kerusi, malah tidak dijemput pun
Hadi kata Pas “memberi laluan”
Hashim berkata: “..ada lagi kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku”
OSTB : Jelas sekali keputusan UMNO/BN di Sabah untuk tidak menerima seorang pun wakil Pas menjadi calon PRN Sabah menunjukkan UMNO boleh kencing atas kepala Pas ikut suka hati mereka.
Pas tidak boleh buat apa pun. Itulah keadaan Pas yang sebenarnya.
Parti Pas sudah menjadi pengemis politik (political beggars) yang harapkan bantuan duit daripada UMNO (duit RM90 juta contohnya) dan agihan kerusi PRN Sabah (yang tak jadi pun).
Apakah yang Pas boleh buat? Jawapannya : Nothing.
Pas tidak boleh buat apa pun sebab parti Pas memang tidak mempunyai sokongan pengundi bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di Semenanjung.
Syed Akbar Ali at 9:24:00 PM