HUSAM TAK KUTUK AMANAH

 MAN TOBA


i) Aku telah mendengar penjelasan Husam dan aku tidak melihat dia menghina atau mengutuk Amanah. Secara ringkasnya aku simpulkan begini;

Husam ajak move on;

Dengar suara akar umbi;

Kuatkan parti & kukuhkan kerjasama;

Focus membetulkan & menambahbaik gerak kerja & strategi;

Jangan bersama pihak yang rakyat / pengundi benci atau marah;

Harus faham janji ialah janji, jangan diremehkan janji dibuat pada pengundi;

Politik ialah strategi, berbeza bukannya benci tetapi survival Amanah & PH itu lebih penting lagi;

Peringatan awal telah diberi namun diabaikan, tapi itu pun dah berlaku.

ii) Tak perlu lah Mahfuz Omar berbalas kenyataan dengan menggunakan perumpamaan tak cermat terhadap PAS.

Sepatutnya jawab sahaja, PAS ialah parti. Bukannya ibu & bapa. Konsep derhaka tak tepat. Kita boleh keluar masuk parti seiringan dengan idelogi & pemikiran kita ketika itu. Selagi mana kita tak buat jenayah, maka ia bukan pertikaian. Kalau dah tak sehaluan dipaksa jadi ahli parti pun tak guna.

Ulasan / kenyataan kita melambangkan akal & tahap mentaliti kita.

Sekian.

 Image may contain: 2 people, text that says "Gandingan Ezam Husam Dan Aziz Bari Bakal ERAK 38 Mele tup? 98 GERAK 98 GERAK GERAK"