Lim Guan Eng masih sokong Anwar
Via WhatsApp
Pengulangan pandangan (merupakan strategi politik Lim Guan Eng) yang memberi peluang kepada Shafie Afdal untuk jadi perdana menteri sekiranya Anwar Ibrahim gagal mengenapkan nombor tidak disenangi oleh orang PKR dan juga mereka yang kesekian lama mendambakan Anwar jadi PM.
Antara yang meluahkan rasa tidak senang anak Anwar Nurul Izah dan ketua pemuda PKR Sabah.
Pandangan dan pendirian Guan Eng itu dilihat Izah sebagai merosakan setia kawan dalam PH kerana Anwar sudah ditetapkan sebagai PM.
Pandangan Guan Eng itu sebenarnya ada baik dan buruknya yang patut dilihat dari kaca mata metametika politik. Saya percaya hati Guan Eng masih mahukan Anwar. Tidak elok kalau orang lain mempertikaikan Guan Eng khasnya dari PKR kerana isu itu ada complit intrest. Sebaik² untuk tegur dan perbetulkan Guan Eng serahkan kepada DAP. Mungkin sikap beliau pandangan peribadinya.
Rasanya dalam DAP masih ramai pemimpinnya setia dan yakin dengan Anwar. DAP tentu menilai kalau sikap Guan Eng itu boleh merosakan hubungannya dengan PKR. Maka untuk kritik Guan Eng serahkan kepada partinya. Pemilihan kebangsaan parti itu adalah forum terbaik untuk mengajar Guan Eng.