Ketua Eksekutif Dhaya Maju-LTAT Mohamed Razeek Hussain mengesahkan bahawa Dhaya Maju-LTAT adalah kontraktor dilantik secara sah bagi projek itu dan menerima surat anugerah (LoA) asal pada 4 April 2018 bawah pentadbiran BARISAN NASIONAL.
“Selepas mendapati tiada asas untuk menamatkan surat anugerah awal, kerajaan Pakatan Harapan pada 5 Julai 2019 bersetuju untuk melantik semula Dhaya Maju-LTAT melaksanakan projek KVDT2 dan pihak-pihak mengadakan perjanjian penyelesaian di mana kerajaan setuju untuk mengeluarkan surat anugerah baharu,” katanya, seperti dipetik Free Malaysia Today.