Tuhan hanya bersama mereka bukan orang lain?
Mukhlis Shariff
Siapa yang bersama mereka ditamsilkan bersama dengan Islam waima MCA dan MIC. Siapa yang lawan dengan mereka disamakan dengan lawan Islam walau pun Amanah dan PKR.
Yang bertanding lawan mereka semalam ada seorang Muslim tapi ikut neraca mereka itu bukan Islam. Yang Islam hanya dari puak mereka. Kalau yang bertanding itu MCA pun dia katakan kemenangan Islam.
Padanlah bila lawan dengan UMNO dikatakan UMNO thaghut dan lawan Islam. Dikatakan siapa yang kata parti mereka bersama dengan UMNO adalah bisikan syaitan. Dikatakan yang malaikat juga bersama dengan mereka untuk mengundi calon mereka.
Tapi bila mereka bersama dengan UMNO, tiba2 undi calon UMNO kira kemenangan untuk Islam. Islam apa yang menang kita tak tahu. Negeri mereka mundur, air bersih pun susah nak jumpa, hudud tah ke mana, anak syarikat GLC rugi, sibuk melancong luar negeri, kerja mengemis royalti tapi boleh ditamsilkan dengan kemenangan Islam. Hanya kerana lebai mereka pakai jubah dan pura-pura alim.
Zaman PH dahulu tiap2 hari mereka ratib Islam terancam, termasuk la SSST yang kat Utara tu. Urustadbir zakat negeri sendiri pun huru-hara sampai curi hak zakat negeri lain lagi mau sembang Islam terancam. Tapi bila MCA naik dah buat UEC, sekolah vernakular, tolak hudud, mereka masih kata Islam berkuasa?
Neraca songsang apa yang mereka guna? Ini jelas satu pembonsian minda dan penghambaan terhadap lebai-lebai. Sebab itu pengikut ghulu mereka sanggup bugrah dan angkat senjata sebab mereka percaya dahulu UMNO kafir, sekarang undi calon UMNO bukti ketaatan terhadap perintah Allah pula?