PH SUDAH BOLEH LUPAKAN TUN MAHATHIR JIKA MAHU SEMUA KAUM MENYOKONG KITA


Image may contain: 1 person, text that says "malaysiakini terkini untuk anda BERITA Mukhriz Hazim malaysiakini.com A- Bersatu tak signifikan, MN lebih menjadi di UNE kata Saifuddin dW68Km"

Penolakan rakyat, bukan sahaja orang-orang Melayu, bahkan kaum-kaum lain juga berlaku terhadap Mahathir.  Bermula dari PRK Tg Piai lagi kita telah beri amaran kepada Mahathir betapa penyokong-penyokong PH dan juga mereka di atas pagar majoritinya sudah hilang kepercayaan kepada bekas PM dua kali ini

Langkah-langkah politik beliau ternyata banyak melemahkan PH.  Bayangkan, semua tahu prinsip perjuangan PH adalah untuk memberi keadilan kepada semua kaum.  PH tidak mahu dilihat gabungan parti yang berunsurkan perkauman seperti Umno dan kejumudan agama seperti Pas, tetapi apabila menjelang PRK TG Piai atas kehendak beliau satu program Maruah Melayu telah diadakan di mana dijemput Umno dan Pas untuk turut serta.  Lebih musykil lagi, Anwar Ibrahim tidak dijemput pada awalnya.  Kononnya Mahathir mahu tarik pengundi-pengundi Melayu.  Ternyata di Tg Piai, calon dari parti beliau yang mewakili PH ketika itu tewas teruk.  Sokongan Melayu tiada, sokongan kaum Cina langsung tidak kelihatan untuk memenangkan calon partinya.  Apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran.

Apabila kerajaan PH tumbang angkara pengkhianat yang diberi ruang mudah oleh Mahathir, sikap beliau yang anti Anwar semakin terserlah.  Sepatutnya apabila PH telah tumbang, hatinya puas kerana berjaya menidakkan Anwar sebagai PM selepasnya seperti yang dipersetujui oleh PH, dan beliau patut bersara kerana berjaya dalam misinya, namun hati orang tua ini tidak senang selagi Anwar punyai harapan untuk ke Kerusi PM.  Beliau tahu kerajaan pintu belakang ini umpama telor dihujung tanduk dan harapan Anwar untuk menjadi PM masih cerah, maka beliau mencari jalan untuk kucar kacirkan PH.

Rakyat melihat semua tindak tanduk Mahathir yang buruk itu.  Malangnya masih ada pimpinan di dalam PH yang masih mempercayai orang tua yang sering menipu ini.  Alasan mereka adalah untuk mendapatkan mandat rakyat, sedangkan jelas rakyat menolak manusia bernama Mahathir ini.  Kita juga mahu mandat rakyat itu dikembalikan semula secepat mungkin, tetapi bukan bermakna kita harus terpedaya lagi dengan Mahathir. 

Bagi Mahathir, beliau sudah tidak kisah samada beliau dapat jadi PM semula atau tidak, tetapi yang lebih penting baginya adalah Anwar tidak menjadi PM.  Sebab itu sepantas kilat beliau bersetuju dengan nama Shafie Apdal untuk menjadi PM sedangkan beliau tahu Shafie juga pemimpin parti berbilang kaum di Sabah. Alasan beliau tidak boleh terima Anwar adalah Anwar ini pemimpin parti berbilang kaum.  Mahathir terus menipu kita.

Lebih nyata lagi, tanpa Anwar memusuhinya, Mahathir berterus terang bahawa beliau tidak lagi mahu bekerjasama dengan Anwar dan Keadilan, tetapi masih mahu bersama Amanah dan Dap.  Usahanya untuk memecahkan PH jelas di sini.  Tapi, Anwar telah membaca strategi jahatnya dan Anwar tidak sedikit pun melatah dengan sikapnya itu.  Anwar membiarkan Amanah dan Dap melayani Mahathir dan Anwar terus fokus dengan Keadilan dan terus memimpin PH dengan baik. 

PRK Slim baru-baru ini, sekali lagi isyarat jelas diberikan oleh rakyat dari berbagai kaum iaitu Mahathir wajib bersara sekarang.  Saya bersetuju dengan kenyataan SUA Keadilan yang menyatakan Mahathir bukan faktor kemenangan PH di dalam PRU14.  Kerusi Parlimen partinya ketika itu hanya menang 12 Kerusi dari 52 Kerusi yang diberikan.  Itu pun kerana undian dari pengundi-pengundi bukan Melayu walaupun sedikit.

PRU15 akan datang, PH wajar bertanding tanpa Mahathir.  Biarlah anak-anak buahnya memilih haluan mana satu yang mahu diikuti samada PH atau puak pengkhianat.  Keadilan mesti tegas kali ini jika benar mahu melaksanakan reform.  Selagi PH membawa nama Mahathir, usah kita bermimpi untuk melaksanakan reform kerana Mahathir tidak pernah berminat dengan reform bahkan beliau anti reform.

Saya harap semua pimpinan PH kembali ke landasan asal perjuangan kita.  Jangan lupa derita kita berpuluh tahun dek kerana membayangkan kenikmatan selama 22 bulan di Putrajaya dahulu.  Jangan musnahkan PH hanya kerana Mahathir.  Mahathir pernah hancurkan Umno dahulu sehingga parti itu diharamkan.  Apakah kita mahu PH pula dihancurkan? 

WFAUZDIN NS