CNP DARI TULISAN YANG DI EMAILKAN
Selama ini pihak admin sentiasa bersabar apabila ada beberapa
bekas pegawai kerajaan dan penyokong pro Amanah menyerang, menghina, mengutuk,
menyindir dan memperlekehkan Anwar.
Admin tak mahu ambil port kerana tidak mahu bergaduh. Admin
fikir dari bergaduh sesama sendiri lebih baik bergaduh dengan kumpulan
pengkhianat dan penyangak.
Kumpulan anti Anwar dari kalangan Amanah ini juga sangat kasar.
Mereka salahkan Anwar atas segala-gala yang berlaku.
Anwar yang bersalah kerana Azmin khianat.
Tun tak bersalah bila satu parti PPBM khianat. Tapi Anwar yang
bersalah.
Yang beri kuasa besar kepada Azmin dan Zuraidah sehingga mereka
berdua boleh bermaharajalela ialah Tun tapi tetap Anwarlah yang bersalah.
Anwarlah paling jahat.
Anwar bersalah bila Kenny Chua khianat. PKR pecat Kenny serta
merta. Tapi beberapa ADUN WARISAN yang khianat tak salah. Semuanya salah Anwar.
Kemudiannya mereka mainkan naratif Janda Baik. Video ada. Bukti
ada kata mereka. Naratif itu dimainkan pro kartel. Dan disambung oleh pro
Amanah. Admin memerhatikan dari jarak jauh. Tergamaknya mereka bergabung dengan
kartel untuk kecam Anwar. Dah tak ada idea sangat ke?
Kemudiannya masa surat akaun bersumpah disebarkan RPK, golongan
ini paling laju troll dan menyumpah Anwar.
Pernah satu ketika dulu. Sewaktu PH baru memenangi PRU14. Berita
melaporkan AGONG ketika itu tak cenderung pada perlantikan Tun sebagai PM7.
Kumpulan Amanah yang anti Anwar ini pun ramai-ramai la tunjuk protes kat
Facebook. Siap cakap
"Kenapa la Anwar tak mampus je dalam penjara"?
"Kalau tak keluar lagi bagus"
"Patut duduk je dalam penjara tu diam-diam"
Aik. Yang tak setuju Agong. Tapi Anwar juga yang kena?
Salah seorang yang bercakap tu pun pernah dipenjarakan. Kes
langgar Sultan Perak masa rampasan kuasa. Tapi boleh pula mereka fikir Anwar
patut duduk dalam penjara sampai mati.
Manusia apa macam tu? Sungguh pun para admin tak sokong Tun tapi
bukannya benci. Kami zahirkan ketidaksetujuan kerana tindak tanduk Tun
merugikan PH dan melemahkan sokongan rakyat ke atas PKR, DAP dan AMANAH.
Ringkasnya melawan Tun kerana para admin mempertahankan PKR, DAP dan AMANAH.
Tapi apa pula alasan mereka menyerang Anwar dan membela Tun? Ia
adalah demi kuasa. Mereka bencikan Anwar kerana Anwar bertegas untuk tidak lagi
terikut-ikut rentak Tun yang sumbang lagi mengelirukan. Kononnya Tun kuat dan
ada sokongan Warisan Dap dan Amanah. PKR hanya perlu setuju sahaja dan Tun akan
jadi PM 6 bulan.
Apa dia ingat Anwar ni puppet ke? Manusia tak ada perasaan?
Untuk memastikan semua pegawai yang hilang jawatan dapat semula jawatan mereka,
mereka mahu paksa Anwar bersetuju dengan tuntutan tak masuk akal Tun. Nonsense!
Bila plan A tak jadi ubah plan B. Shafie jadi PM lak. Ini semua
kerja gila. Bukan nak sangat Shafie jadi PM lebih kepada Tun cuba halang Anwar
by any means. Entah apa yang dia takut sangat pada kemaraan Anwar tak tahu la
admin. Yang pasti dia orang pertama membela semburit yang kantoi video. .
Kalau nak diikutkan. Kau dah caci maki orang tu. Benci dan
menyumpah dia macam-macam. Mestilah kau rasa malu nak harapkan sokongan dia
lagi. Betul tak?
Ini beza dengan pro Amanah yang anti Anwar. Maki Anwar
teruk-teruk pun masih mengharapkan sokongan dari Anwar dan PKR.
Bukan semua pro Amanah anti Anwar. Sebilangan besar dari mereka
pun nampak perangai tak tentu hala Tun. Dan menolak campurtangan Tun dalam
gabungan PH. Mereka mahukan PH stabil dan kukuh supaya boleh focus melawan
musuh sebenar.
Begitu juga dengan PKR. Tak ada masa nak pergi maki hamun
mana-mana pimpinan Amanah dan pro Amanah yang anti Anwar. Focus melawan PN itu
lebih utama. Tapi bagi kumpulan Amanah yang anti Anwar ni, mengecam Anwar
paling utama. Sehari tak up status maki Anwar tak sah. Semuanya salah Anwar.
Kucing dia sembelit pun salah Anwar. Anak dia jatuh basikal pun salah Anwar.
Takde internet pun salah Anwar. Semua salah Anwar.
Anwar Ibrahim PM Rakyat..