PPBM jadi lebih Umno daripada Umno?
- Pada hari Sabtu 22 Ogos, Parti “Pribumi” Bersatu Malaysia mengadakan pemilihan pucuk pimpinan peringkat nasional.
- Pada majlis pembukaannya, Presiden Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan pembukaan keahlian Bersatu kepada semua bangsa dan kemasukan Mohamed Azmin Ali.
- Apabila keputusan pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) diumumkan, ramai calon daripada kalangan pejuang asal tewas dan digantikan oleh bekas ahli Umno yang melompat parti selepas Umno kalah dalam PRU 2018. (Rujuk senarai di bawah).
- Daripada 25 orang ahli MPT baru, 13 terdiri daripada pejuang asal dan 12 daripada kumpulan yang melompat. Di kalangan ahli MPT asal hanya enam berjaya mempertahankan kedudukan, termasuk Muhyiddin sendiri.
- Ahli MPT baru yang terdiri daripada ahli asal Bersatu adalah seramai tujuh orang. Mereka menyertai Bersatu sejak ditubuhkan.
- Ahli MPT baru dari kumpulan yang menyertai Bersatu selepas PRU 2018, termasuk wakil rakyat, adalah seramai 12 orang. Mereka ini dirujuk sebagai “muhajirin” walaupun pada pendapat saya label itu tidak tepat sama sekali.
- Mereka ini melompat masuk Bersatu setelah Umno kalah dalam PRU 2018.
- Kesimpulannya, MPT Bersatu bagi tempoh 2019-2021 ini lebih “umno” daripada MPT asal atau MPT penaja.
- Di masa yang sama, Bersatu berhenti daripada menjadi parti Pribumi/Bumiputera dan bertukar menjadi parti pelbagai bangsa macam PKR, DAP, PAS dan Gerakan.
Nota Kaki: Kompilasi di bawah dihasilkan dengan pertolongan bekas kakitangan pentadbiran ibu pejabat Bersatu yang keluar secara sukarela atau dipecat.
- Presiden : Muhyiddin
- Timb Presiden : Peja Faizal Azumi
- Naib Presiden : Ronald Kiandee
- Naib Presiden: Radzi Jidin
- Naib Presiden: Rafiq Naizamohiden
Ahli
- Razali Idris
- Eddin Shazlee
- Shahruddin Jamal
- Shamsilah Srikandi
- Rafiq KB Sg Buloh
- Yazid KB Paya Besar
- Wan Saiful Wan Jan
- Hjh Azlinda SUPOL
- Zulkifli Zakaria KB Bachok
- Ikmal Hisham Aziz
- Hakim Gulam Hasan
- Zainol Padzi
- Iskandar SUPOL
- Tok Pa Jeli
- Taufiq Yaacob
- Datuk Lajim Ukin
- Datuk Suhaili Labuan
- Farid Zawawi
- YB Shahabuddin
- YB Rosol Wahid
Ahli asal MPT yang kekal
- YAB TSMY PM
- Ahmad Faizal Peja
- Mohd Rafiq Naizamohiden
- YB Sen Datuk Razali Idris
- Wan Saiful Wan Jan
- Hjh Azlinda SUPOL PM
Ahli asal bukan MPT yang menang
- YB Sen Radzi Jidin
- YB Eddin Shazlee
- Rafiq KB Sg Buloh
- YB Shahruddin Ex MBJ
- Yazid KB Paya Besar
- Shamsilah Srikandi
- Zulkifli Zakaria KB Bachok
Ahli “muhajirin” yang menang
- YB Ronald Kiandee
- YB Ikmal Hisham
- Abd Hakim Gulam Hasan
- Zainol Fadzi Paharuddin
- Iskandar SUPOL Peja
- Tok Pa Jeli
- Taufiq Yaacob
- Datuk Lajim Ukin
- Datuk Suhaili Labuan
- Datuk Farid Zawawi
- YB Shahabudin
- YB Rosol Wahid
13 MPT ahli asal
12 MPT “muhajirin”
12 MPT “muhajirin”
Ahli MPT asal yang tewas
- Tan Sri A Rashid SPR
- Dato’ A Rashid Asari
- Pak Wan
- Pak Su Nordin
- Dr Rais Hussin
- Prof Dr Sukiman
- Dr Faiz Naaman
- Kamaruddin Md Nor
- Najwa Wawa
- TS Aziz Yassin
- Wan Shahrir
- Zahid Md Arip
*Ahli MPT yang dipecat/keluar parti
- YAB Tun Mahathir
- YB DSU Mukhriz
- YB Syed Saddiq
- YB Dr Shahruddin Salleh
- YB Sen Marzuki Yahya
- Abu Bakar Yahya
- Akhramsyah Sanusi
- Ulya Aqamah Husamudin
- Tariq Ismail Mustafa
- Pak A Kadir Jasin