Isu Projek Runding Terus.




ZAHARIN MAT YASSIN

Banyak orang tidak mahu menerima perbandingan projek Nego antara Bn dan PH.

2. Mereka bertahan dengan sikap bahawa isunya PH tak tepat janji, mungkir janji dan melaksana Nego masa PH memerintah.

3. Memang dalam video yang Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap dalam lima dasar, perkara ke lima dasarnya ialah tidak ada lagi Projek Nego jika dapar memerintah.

4. Projek runding terus antara pembekal termasuk kontrektor dengan Kerajaan, kena di lihat dahulu senarainya. Baru dapat di serang isu Projek Nego ini.

5. Tetapi sasudah mantan Menteri Kewangan menyatakan dalan projek Nego itu, ada juga Menteri yang terlibat termasuk yang sekarang jadi Perdana Menteri. Senarai tidak akan di keluarkan.

6. Isunya sekarang. Soal Kerajaan Pakatan Harapan mungkir janji. Itu hanya cakap politik. Soal tertulis dalam Manifesto, bukan satu yang di pegang kerana Manifesto hanya janji politik.

7. Apa yang penting ialah perbandingan projek runding terus antara dua kerajaan. Ini lah isu yang sebenar perlu di bincangkan oleh nitezen dan orang politik.

8. Macam kes Set Tren di KTM, LRT dan MRT.. kenapa mahal dari di tenderkan.

9. Menyerang isu Projek Runding Terus atau Nego ini sama saperti membaling bombering kepada pihak lawan terkena diri sendiri.
Maka apa yang rakyat mahu tahu sekarang. Siapakah yang bertuah dan dalam sekelip mata dan satu malam tiba-tiba  jutawan.. Sama ada keuntongan, kamsen atau rasuah.

Sang Kelembai
August 26, 2020
Kuala Lumpur.