PH bermasalah terlampau beri kuasa pada Azmin?
Via WhatsApp
Masa PH tadbir negara yang bagi jawatan besar ke kumpulan kartel ialah Tun Mahathir. Tidak hanya Azmin diamanahkan jaga ekonomi bahkan Azmin turut dilibatkan dalam peranan penting seperti menjadi ahli dalam majlis ekonomi negara yang kita tak tahu apa tujuannya.
Selain itu penghapusan elaun bagi doktor muda juga diputuskan oleh Tun dan Azmin. Malah Dr. Dzul pun tiada dalam panel itu walaupun dia jaga KKM. Bila dibawa ke kabinet, Khalid dedahkan Tun suruh luluskan semuanya pada masa itu juga.
Memang salah menteri kabinet pun. Usul tak dibaca dan dinilai secara terperinci sebelum luluskan. Admin tak sokong tindakan bangang. Yang salah admin cakap salah. Tapi pointnya Azmin ada peranan yang sangat besar dalam pentadbiran Tun. Azmin juga jaga FELDA. Gagal dia jawab suara-suara yang mengkritik FELDA. Gagal juga dia menjawab luahan orang FELDA. Sampai kena boo.
Masa PH memerintah. Ramai menteri kabinet dan MP PH menolak keputusan bangang yang dilakukan oleh kem mereka sendiri.
Isu LYNAS misalnya. Fuziah melawan walaupun jawatan dia jadi taruhan. Admin terima maklumat Fuziah bakal dibuang kerana banyak mengkritik.
Ketika lantik Koya dalam SPRM pun ramai dari kalangan PH bising. Koya orang Azmin. Nampak tak bagaimana Tun membesarkan empayar Azmin?
Oleh itu jika PH dianggap gagal 22 bulan. Ia adalah kegagalan Tun bersama Azmin. Salah Tun percayakan Azmin. Salah Tun yang bekerjasama dengan Azmin dan bagi dia kuasa banyak sebab nak menafikan pengaruh Anwar.
Orang yang busuk hati memang akan dapat pembalasan buruk. Akhirnya Tun dikhianati oleh Azmin dan partinya sendiri.
Sedangkan Azmin la yang beria-ria cakap sokong Tun PM sampai habis penggal. Perwatakan Azmin ini kita boleh gelar Bapa Pengkhianat Negara.
Tun pula kalau masih nak anti Anwar tak ada masalah. Sebab Anwar bukan manusia pendendam. Anwar tak buat roadshow satu Malaysia kecam Tun sana sini.
Selepas PH dikhianati, hari-hari Anwar buat LIVE FB cerita pasal ekonomi, rakyat, buku, falsafah, sarjana agung, hobi, pengalamannya dalam penjara untuk mendekati masyarakat. Anwar juga sibuk uruskan masalah orang PD.
Itu bezanya orang yang berjiwa besar. Sabar. Tenang. Berlapang dada dari orang yang kemaruk kuasa. Walaupun janji Tun pada Anwar dikhianati Tun pun Anwar masih tersenyum dan wish selamat hari jadi pada Tun. Ada Tun buat perkara yang sama? Tak. Dua tiga hari lepas sempat kutuk Anwar lagi. Masa launch parti baru Tun pun sempat kutuk Anwar. Jika tak ratib nama Najib. Ratib nama Anwar. Anti betul Tun pada Anwar. Padahal Anwar tak pernah pun jadi PM.
Kebencian yang melampaui batas akan menjadi dendam kesumat yang bodoh dan sia-sia. Beringatlah.