Menuju PRU 15: Rakyat Terengganu perlu beri peluang kepada PH
A. W. I.
Malaysia telah mengadakan PRU selama 14 kali. 13 kali Perikatan / BN telah diberi peluang memerintah kerajaan pusat sebelum BN tumbang pada tahun 2018.
Apabila BN tumbang maka banyak kelemahan BN terbongkar dan antaranya penglibatan pemimpin UMNO dalam menyalahgunakan kuasa dan rasuah yang melibatkan ramai MP BN yang telah didakwa dan akan didakwa.
Usia PH hanya dapat bertahan selama 22 bulan akibat beberapa orang MP yang diketuai oleh Azmin Semburit mengkhianat mandat rakyat dan kini Perikatan Nasional (PN) menubuh kerajaan pintu belakang.
MP PN telah diumpan dengan jawatan bukan sahaja mempunyai kabinet paling ramai di dunia iaitu 71 orang tidak termasuk Duta bertaraf Menteri. Dalam masa yang sama MP pintu belakang selain daripada mendapat elaun ahli Parlimen tetapi juga telah mendapat imbuhan kerana ditawarkan pelbagai jawatan dalam GLC dan lain-lain demi untuk PN mengekalkan kuasa yang tidak bermaruah
PN kini mempunyai MP 112 orang sahaja setelah tidak mengambil kira seorang MP dari Sabah yang kena stroke.
PH+ bersama bebas mempunyai MP seramai 109 (PN 113 campur PH+ / Bebas 109 = 222).
Ini bermakna kerajaan pintu belakang tidak stabil dan bila-bila masa boleh tumbang dan hanya masa sahaja yang menentukannya.
Jika diadakan PRU mengejut komponen PH bersedia menawan balik Putrajaya. PN / MN pasti tumbang kerana akan dihukum oleh majoriti rakyat yang tidak boleh terima kerajaan pintu belakang.
In Shaa Allah, PH akn kembali memerintah Malaysia yang mana DSAI akan menjadi PM baru setelah lebih 20 tahun rakyat menunggu DSAI.
Berbalik politik di Terengganu kita tidak nafikan bahawa UMNO (Perikatan / BN) dan PAS menjadi pilihan rakyat.
PRU 1959, PAS bersama parti negara memerintah Terengganu tetapi tumbang pada tahun 1962 akibat undi tidak percaya kepada MB PAS.
PAS kalah dalam PRU 1964 / 1969 di Terengganu kepada UMNO. Tetapi PAS bersama BN dalam PRU 1974.
1978 PAS kalah teruk kepada BN. 1990 dan 1995 PAS bersama S46 selepas itu bercerai. PRU 1999, PAS bersama Keadilan memerintah Terengganu menang 28 DUN dan BN hanya menang 4 DUN sahaja.
Pada tahun 2004, PAS kalah teruk di Terengganu pada BN dan hanya menang 4 DUN sahaja. PAS seterusnya gagal dalam beberapa PRU kepada BN dan hanya kembali memerintah dalam PRU-14 (2018).
Rekod PAS di Terengganu tidak pernah menang dua penggal. Rakyat Terengganu yang pengundinya ramai orang atas pagar bila-bila masa boleh tukar kerajaan.
Saya berharap kepada rakyat Terengganu dalam PRU-15 beri peluang sekali kepada Pakatan Harapan (PH) mentadbir negeri. BN sudah diberi peluang begitu juga dengan PAS. Cuba acu try test PH sekali di Terengganu “tengok gok sekali weh”. BN dah rasa, PAS dah rasa. “Rasa gok PH pulak terik ni”.
Bagi PH Terengganu, tolong perkasakan PH jangan bergerak bersendirian. Muhasabah kemampuan diri jangan bergantung kepada tiga empat orang pemimpin sedangkan ahli parti tak ramai pun tapi mahu bertanding banyak kerusi. Tolong ukur kekuatan parti masing-masing. PH Terengganu dilihat lemah dan tidak bermaya.
Banyak kem dan kerekoh sama sendiri. PH boleh kembali kuat dengan syarat Pengerusi PH Terengganu bersedia menerima teguran dan cadangan ahli di peringkat akar umbi. Sikap keras kepala dan ego dengan parti masing-masing kita tidak ke mana pun. Sikap melaga-lagakan dan adu-domba melemahkan PH sendiri.
Untuk memerintah Terengganu dalam PRU-15 maka Majis Presiden PH pusat tolong ambil tindakan dan aturkan perjumpaan dengan semua pimpinan kanan dalam komponen PH di Terengganu seberapa segera.
Saya yakin penyakit PH Terengganu boleh diubati dengan syarat semua pihak berlapang dada untuk berdialog secara bersemuka di hadapan Majlis Presiden. Sikap buruk sangka wajib diketepikan jika PH mahu memerintah Terengganu.
“Tepuk dada tanya hati” jangan syok sendiri kerana rakyat Terengganu tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Majlis Pimpinan PH Terengganu adakah masih ujud atau sudah berkubur? Anda pimpinan PH Terengganu mampu menjawabnya.