Mana pendirian Pas, dengan PN atau MN, soal MP Pulai



Selepas Umno mengumumkan menarik diri keluar dari Perikatan Nasional (PN), persoalan pula terarah kepada pendirian Pas ketika ini sama ada terus menyokong gabungan kerajaan ataupun Muafakat Nasional (MN).
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Pas perlu menjelaskan mereka sebenarnya menyokong pihak yang mana, oleh kerana terdapat isyarat seolah-olah parti Islam itu mahu bersama dengan Muafakat dan Umno.
Saya nak tanya lah, Pas ini sebenarnya hati mereka dengan siapa? Dengan PN ataupun dengan MN. Hari ini cakap macam dengan PN, kerana yelah dah sama-sama duduk dalam Kabinet.
“Tapi pada masa sama macam ada isyarat mereka mahu bersama dengan MN. Jadi, jelaskan hal itu. Di mana mereka nak pergi sebenarnya,” katanya ketika sidang media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini.
Selepas berteka teki mengenai perkongsian kuasa Umno dalam PN, Zahid Hamidi mengisytiharkan keluar dari gabungan kerajaan pada 30 Julai lalu.
Umno juga memutuskan untuk memilih memperkasakan gagasan Muafakatnya bersama dengan Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Umno juga memutuskan untuk memilih memperkasakan gagasan Muafakatnya bersama dengan Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).
Bersatu juga dilaporkan menyatakan hasrat menyertai gagasan tersebut.