KEGAGALAN KEMPEN BMF


Mohammad Firdaus



 Dalam perniagaan ni cubalah jangan sesekali kita ambil tindakan yg boleh mengurangkan jumlah pelanggan kita..

Contoh,  bila kita letak nama kedai Muslim, kita mungkin akan kehilangan pelanggan yg bukan Muslim, mereka takkan masuk ke kedai yg diisytiharkan sebagai kedai Muslim..

Kedua nya adalah produk..
bagus lah jika mahu tampilkan produk² yg dapat memajukan ekonomi melayu Islam.

Tidaklah salah, sebab semua bangsa pun akan cuba mempromosikan barangan keluaran bangsa mereka jugak..

Tetapi apabila menghadkan hanya kepada produk muslim semata, itu hanya akan mengurangkan lagi jumlah pelanggan yg tadinya sudah mengecil disebabkan marketing hanya menjurus kepada pelanggan beragama Islam.

Sebabnya adalah yg menjerit melaungkan BMF tu pun sebenarnya mereka tetap juga membeli beberapa produk bukan BMF dalam kehidupan harian mereka.

Jadi bila barangan di kedai adalah terhad dan tiada produk yg mereka ingin beli di kedai tersebut, mereka akan pergi ke kedai lain.

Jadi kalau nak berniaga dan nak berjaya dalam perniagaan, buatlah marketing yg dapat menarik segenap lapisan masyarakat setempat untuk datang ke kedai kita.

Jangan kecilkan pelanggan kita kepada hanya kumpulan² tertentu.

Pernah dengar Cina buka kedai runcit dengan nama " Kedai Produk Buddha "?