Mohammad Mior
Kenapa ia terjadi sedemikian ?
Apakah Sengaja dilakukan tanpa sebarang sebab?
Disini saya ingin menjelaskan pendapat ringkas saya dengan penuh harapan terutama Bangsa Melayu agar kalian bersifat terbuka membuka mata hati baca,fikir Dan diam sejenak untuk Kali ini.
Tun Dr Mahathir pernah bersama sebuah Gagasan yang pernah menentang kewujudan Malayan Union pada tahun 1946-1948 ketika itu beliau Berusia 21-23 tahun selepas Akhirnya pihak British akur pada tahun 1949 Dan memberi kepercayaan kepada persekutuan Tanah Melayu,lalu parti UMNO diwujudkan 1949 bagi memulakan fokus pentadbiran dan politik sendiri Tun Dr Mahathir turut bersama UMNO Pada 1949 dengan itu Tun lebih tahu kelemahan Dan kekuatan Bangsa Melayu itu terletak disudut mana.
Pendapat saya bahawa sebenarnya Tun Dr mahathir tidaklah gemar menubuhkan sebuah Parti politik,beliau lebih tahu apa yang akan terjadi jika melakukan perkara tersebut lagipun Tun Dr Mahathir Telah bersara Terlalu lama bahkan alasan Tun Gila kuasa ataupun mahu menaikkan anaknya adalah tidak berasas sama sekali Kerana Tun mempunyai peluang berpuluh tahun untuk melakukan perkara tersebut, namun mengapa Tun Dr mahathir mewujudkan sebuah parti politik yang dinamakan sebagai PPBM dianggap pecah belahkan Melayu ini adalah kerana Kepimpinan Najib razak membawa pentadbiran secara anarki(Teruk)Tun telah menasihati Najib razak agar letak jawatan kerana Prestasi BN Dan prestasi Najib sendiri sangat teruk sehingga rakyat Malaysia majoriti berasa marah dengan beberapa inisiatif Kerajaan ketika itu seperti GST Dan sebagainya ini akan membuat kerajaan hilang sokongan,Najib razak Juga telah Mencalarkan nama baik negara dengan pelbagai Penyelewengan Wang haram Pecah Amanah salah guna kuasa Dan seumpa dengannya yang telah Disabitkan bersalah oleh Makamah pada 8 Ogos 2020.
Kali ini Tun akan mewujudkan parti yang berlainan pula yang dikenali sebagai Pejuang Tanah Air,Parti Perjuang Tanah Air Diwujudkan untuk mengembalikan Perjuangan asal Parti lama Tun Dr mahathir iaitu PPBM berasaskan Perjuangan Menolak Rasuah kleptokrasi Dan tidak mengharapkan pangkat dan Wang. Kenapa Tun Dr Mahathir Mohammad mewujudkan Sebuah parti politik Lagi yang akan dianggap pecah belahkan melayu,Ini kerana Parti lama Tun iaitu PPBM diwujudkan bagi menentang Kepimpinan Kleptokrasi Kerajaan UmnoBn kepimpinan Najib Razak sebelum PRU14 Dan Akhirnya Parti Tersebut telah berjaya Menjatuhkan kerajaan kleptorkrasi Najib razak,bersama Gabungan Pembangkang yang lain dikenali sebagai Pakatan Harapan Dan terus menguasai Putrajaya,ketika Pentadbiran Telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah Namun rupanya ada duri dalam daging yang telah merancang lama Untuk mengkhianati Kerajaan Yang telah sedia ada dengan cara langkah Sheraton Maka tidak lama selepas itu Beberapa Ahli PPBM seperti TS Muhyiden sebagai presiden parti PPBM pada Febuari 2020 telah secara rasmi mengeluarkan Surat keluar daripada Kerajaan gabungan PH serta merta Dan nampaknya Pengkhianat telah lupa perjuangan asal mereka bahkan mereka bersekongkol dengan Musuh lamanya UmnoBN dikenali seluruh dunia sebagai kerajaan dipimpin Kleptorkrasi,ini bagi membebaskan segala kesalahan yang telah mereka lakukan dengan memberi Kepercayaan Kepada Muhyiden untuk khianat Dan keluar PH jadi PM untuk PN asalkan muhyiden perlu bebaskan mereka jika tidak,mereka tidak akan sokong muhyiden Dan keluar daripada PN ini telahpun terjadi,PAS hanyalah kacau Daun Dan bekerjasama dengan Parti yang pernah diKafirkan Mereka,Namun daripada keputusan PPBM keluar PH Sudah Tentu Dr Mahathir Secara Demokrasi Apabila Parti beliau sendiri Tidak sokong beliau mahu atau tidak,beliau wajib letak jawatan bagi mengikut amalan Demokrasi yang telah lama Wujud.
Semoga Pendapat saya yang ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi Anda keyakinan melainkan anda Tidak mahu Kaji sendiri,sentiasa mencari kesalahan Dan tidak bersifat terbuka.
Sekian Terima Kasih
Salam Perjuang Tanah Air
Jaga kebersihan!
Kerap Cuci tangan Dan Bagi yang beragama Islam sentiasalah Berwhuduk dan berselawat keatas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW. In Sha Allah.
Patuhi SOP yang Telah ditetapkan.
Ahad 16 Ogos 2020