Skim Tanaman
Semula Pekebun Kecil (TSSPK) yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia (RMK)
ke-10 telah ditukar daripada geran kepada bentuk pinjaman pada RMK ke-11.
Namun
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) ketika ini bercadang
memperkenalkan semula bantuan berbentuk geran kepada pekebun kecil kelapa sawit
di bawah RMK-12.
Bagi Ahli
Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, terdapat
beberapa persoalan yang akan timbul susulan pengumuman dasar baharu tersebut.
Katanya, isu
yang sering timbul dalam konteks bantuan bersifat geran ialah kelebihan hanya
diberikan kepada satu pihak dan tidak membabitkan pekebun kecil tersusun
seperti di Felda dan Felcra.
"Dalam
hal ini kerajaan harus memastikan bahawa tiada golongan pekebun kecil yang
layak terlepas pandang daripada menerima bantuan tersebut
“Apakah
sudah ada sesi libat urus bersama pihak yang terlibat bagi menjamin bantuan
yang diperuntukkan dimanfaatkan oleh semua mereka yang berkelayakan selepas
ianya diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan ianya
bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya ketika sesi soalan
tambahan dalam pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sebelum ini,
dalam RMK-11 yang bermula pada 2016, Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil
(TSSPK) yang disediakan dalam RMK-10 telah ditukar kepada pinjaman.
Penukaran
tersebut sejajar dengan dasar kerajaan untuk program tanaman semula sawit yang
diusahakan oleh agensi lain seperti Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah
Persekutuan (FELCRA), Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS), Lembaga Kemajuan
Tanah Negeri Sabah
(SLDB),Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak
(SALCRA) dan juga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Bagaimanapun
usaha untuk mengembalikan bantuan dalam bentuk geran ke atas Skim Pembiayaan
Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pembiayaan Mudah Input
Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) untuk dikhususkan kepada kumpulan sasar
tertentu seperti golongan B40 memerlukan kajian mendalam sebelum dilaksanakan.