Dosa khianat atas tangan perampas
Ipohmali
Minggu ini bukan hanya Speaker Parlimen.. tetapi YDP Yadim juga nampaknya digantikan oleh Kerajaan tebuk atap biarpun mreka bukanlah Kerajaan yang dipilih dan mendapat mandat Rakyat..
Berbeza dengan PH, PH biarpun Kerajaannya jelas mendapat mandat dan dipilih oleh rakyat.. Kerajaan yang sah..jauh lebih menghormati proses Undang Undang dan perjanjian… Umpamanya, setelah 2 tahun pemerintahan PH, Dato’ Sri Vigneswaran, walaupun dia adalah Presiden MIC ,Dia dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara untuk penggal tempoh 3 tahun dizaman BN…
Dan perkhidmatan Presiden MIC dikekalkan sehingga hari ini.. tetapi YDP Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif yang belum habis penggalnya, digantikan dengan penuh rencana tipudaya Kerajaan tebuk atap biarpun tidak sampai 3 bulan merampas kuasa…
Begitu juga ketika zaman pemerintahan PH, Ustaz Nik Omar dilantik YDP YADIM Pada 14 Disember 2018, menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan tempoh jawatannya pada 31 Oktober 2018.. maksudnya biarpun Dr Yusri dilantik pada zaman BN, Tetapi tempoh kontraknya di Hormati..
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ..
“Kaum muslimin wajib mematuhi perjanjian mereka ”
Berbeza dengan Kerajaan yang dikatakan Melayu Islam, Menteri Agamanya datang dari kalangan Mufti, Kontrak yang sepatutnya tamat pada Disemberi 2020, walaupun hanya berbaki 5 Bulan, Mereka tidak sanggup untuk tunggu.. biarpun mereka bukanlah Kerajaan yang dipilih rakyat..
Inilah bezanya gambaran Kerajaan PH dan Kerajaan tbuk atap.. Biarpun , YADIM dibawah Portfolio Menteri Agama yg datangnya dari kedudukan Mufti, Ia bukan jaminan Keadilan itu terlaksana..
Sifat Adil lawannya Zhalim.. Sebahagian Ulama memaknakan Zalim itu juga diertikan sebagai perbuatan, atau tindakan menggunakan milik orang lain tanpa hak. Al Jurjani mengatakan dari Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyya akan Kezaliman itu juga satu bentuk Maksiat.. katanya..
هو عبارة عن التعدِّي عن الحق إلى الباطل وهو الجور. وقيل: هو التصرُّف في ملك الغير، ومجاوزة الحد ..
“ Zalim itu bermakna melalui jalan kebenaran hingga masuk kepada kebatilan,.. dan ia adalah maksiat(menyimpang)… Disebut oleh sebahagian ahli bahasa bahwa zalim adalah menggunakan milik orang lain, dan melebihi batas..”
(Mausu’ah Akhlaq Durarus Saniyyah)…
Dan kita faham, Menteri Agama hanya terpaksa mengikut kehendak tuan dan Kerajaannya.. dan sebenarnya itulah kebimbangan Imam Ghazalie ketika membahaskan kedudukan Ulama disisi Umara… Inilah Musibah yang melanda Ummat Islam hari ini… antara kata Hukama tentang Musibah..
المصيبة ليست في ظلم الأشرار بل في صمت الأخيار..
Musibah itu bukan (cuma dari) zalimnya orang jahat, bahkan juga datang dari diamnya orang-orang baik….
Dan Ingatlah, Bagi mereka yang beragama.. Mereka yang berilmu, Segala perbuatan orang Zalim itu akan dipertanggungjawabkan keatas kamu,
Sebahagian Fuqaha mengingatkan akan perbuatan merampas atau mengambil hak orang lain ini, atau mereka yang bersama akan menanggung akibat dan Kebinasaaanya..
الْأَيْدِي الْمُتَرَتِّبَةُ عَلَى يَدِ الْغَاصِبِ كُلِّهَا أَيْدِيْ ضَمَانٍ..
“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan(Dosa Dosa)..”
Ingatlah Para Mufti.. Para agamawan yang mendiamkan diri, apalagi menyokong susaha merampas ini atas segala perbuatan kamu.. Kamu akan diperhitungkan suatu hari nanti…
وَأَنَّ اللَهَ لا يَهدي كَيدَ الخائِنينَ…
” dan bahawasanya Allah tidak meredhai tipu daya orang-orang yang berkhianat.. ”
Surah Yusuf : Ayat 52