TUN MAHATHIR KNOWS WHAT HE SOWED.



Pengajaran Untuk Ahli Politik: Kamu berguna tatkala ada kuasa!  Apabila penyokong bersuara, menegur kamu ketika kamu tersasar dari landasan asal perjuangan, jangan kamu angkuh dan teruskan.

Mahathir semasa berkuasa 22 tahun, TIDAK ditegur oleh mana-mana ahli politik dalam UMNO. Yang berani hanya DSAI. Nasib DSAI semasa pemerintahannya adalah penganiayaan terhadap DSAI dan keluarga. Anak-anak DSAI semua graduan yang tidak ada majikan sudi menawar pekerjaan, takut dicari salah oleh BN.

MP Baling, Pasir Salak terkenal dengan keangkuhan mereka tatkala menjadi Menteri. MP Baling bajet suci, habis disakau Tabung Haji! Kemudian BN fitnah Mujahid jual aset Tabung Haji. Melayu bahlol hati busuk percaya!

MP Pasir Salak di mana tengok dia pun tak berkenan! Samseng semasa dalam kerajaan bawa gangster ke Parlimen pukul MP.

Inilah UMNO kebanggaan Melayu. Biar mati anak jangan mati adat. Biar papa kedana asal pemimpin selamat walau keparat!

Semalam Melayu yang terkenal dengan adab sopan suatu masa lalu dapat melihat Melayu biadap hasil ternakan Mahathir. Selama ini saya konsisten menulis Melayu yang hilang kesopanan. Yang muda begitu kurang ajar dengan orang tua. Yang tua pula angkuh dengan yang muda. Tiada lagi kasih dan empati, hormat menghormati. Semua Melayu sudah sombong kerana pangkat dan harta yang menjadi silibus Mahathir. Melayu susah dikecam malas! Tidak dinafikan ramai pemalas termasuk anaknya sendiri! Tetapi bukan semua Melayu bernasib baik dan mempunyai peluang berdaddykasi. Siapa ibubapa Melayu yang suka anak malas?

Didikan Mahathir selama 40 tahun kepada Ahli Politik yang menjadikan politik itu kotor. Apabila Anwar Ibrahim cuba membawa reform beliau dihina dikeji dan Melayu bersorak melaung peliwat. Nah semalam Allah mempamerkan kepada Melayu bagaimana sebuah peradaban DILIWAT oleh wakil-wakil tidak beradab kamu. Mereka yang diternak dari kem UMNO baru tajaan Mahathir Mohamed.

Mengapa kita rasa sayu melihat seorang tua 95 tahun dihina? Sedangkan seluruh hidupnya dia menghina? Lupakah Melayu apabila dia menghina Nabi s.a.w.? Siapa membela Nabi s. a.w.  waktu itu? Marah dia dengan karektor DSAI yang menyimpan misai dan janggut sebagai mencontohi sunnah, Mahathir telah mencemuh, "siapa pernah lihat janggut Nabi? Zaman Nabi tak de razor blade, kenalah simpan janggut!"

Marahnya saya waktu itu. Yang menegurnya PAS. Ada ustaz dan Mufti menegur? Mahathir dibiar buat apa sahaja mengikut kehendaknya. Kerana dia berkuasa. Sekarang dia tidak berkuasa lagi HANYA melihat hasil kerosakan dari tangannya. Ya saya juga seorang tua, mesti sedih melihat seorang tua diperlaku begitu. Saya juga mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Allah melarang hambaNYA sombong!

Mahathir terlalu sombong! Kita sedih melihatnya dihina TETAPI percayalah dia tidak merasa apa-apa kerana Mahathir pernah berkata, "I am a politician!" Sifat dendamnya mampu mengatasi penghinaan yang diterimanya. Kita yang melihat, belajar dan ambil iktibar. MP Baling kes sakau TH masih belum dibicara, nantikannya.

Bagi saya segala pengkhianatan TM kepada PH dan rakyat Malaysia telah didedah semalam dalam Parlimen dewan yang dicemar oleh kebiadaban MP² Melayu. Dari Speaker hingga ke wakil rakyat, rakyat diperlihat bagaimana demokrasi dicabuli di negara ini.

Jika masih ada Melayu selain penyokong UMNO dan PAS yang berbangga dengan wakil masing-masing, dan jika ada seorang rakyat pun yang berbangga dengan kerajaan khianat PN ni, maka jangan hairan kenapa Malaysia dianugerah pemimpin jahat memimpin negara ini!

Penyokong UMNO dan PAS akan terus mengundi wakil angkuh, lihat Pasir Salak tetap menang setiap PRU. Rakyat buka la mata dan lihat wajah-wajah petualang dalam parlimen yang anda telah memberi undi. Tanya diri anda, adakah mereka apa yang mahukan dari seorang wakil rakyat? Jika tidak haramkan undi anda kepada mereka! Anda sahaja mampu menyelamatkan negara!

Tun M seorang ahli politik yang tidak takut, tidak rasa bersalah, tiada rasa sesal. Ahli Politik Malaysia khusus dari UMNO adalah anak-anak didiknya. Jika MP AMANAH, DAP, PKR juga ingin menjadi ahli politik hebat macam TM, Malaysia akan terus hancur dan anda akan dikenang dengan hina.

Najib, Muhyidin hanya meneruskan politik kotor yang dipelajari dari Mahaguru mereka Mahathir. Anak murid jahatnya lebih lagi dari guru, kan kencingnya berlari! 22 tahun lalu tiada medsos, rakyat tidak dapat tonton kebobrokan pemerintahan Mahathir yang diselimut oleh KLCC, KLIA, PUTRAJAYA. Sekarang info dihujung jari. Jadilah rakyat cerdik yang sayang negara.  Pemimpin dari UMNO semuanya berguru dengan Tun Mahathir. Selagi institusi kerajaan tidak direform, siapa pun dari UMNO yang jadi Perdana Menteri akan meneruskan tradisi. Legasi buruk Mahathir akan berterusan melalui PM dari UMNO! Hanya rakyat sahaja mampu menghentikannya. Semalam para MP UMNO mengesahkan apa yang mereka buat adalah mengikut apa yang TM telah lakukan semasa dia menjadi PM.

INGAT INI JANGAN LUPA: Apabila Allah menghina, TIADA siapa dapat memulia!