Desakan demi desakan dibuat oleh Sdr Anwar Ibrahim serta semua MP dari PH supaya diadakan persidangan parlimen mengenai belanjawan tambahan untuk pakej ransangan dan bantuan kepada rakyat namun semua itu diabaikan terus oleh kerajaan PN.
Kerajaan beri alasan Covid19 dan menteri sibuk uruskan rakyat supaya wabak tidak menjadi teruk. Semuanya auta, menteri kerja sangat minimum yang pembantu pejabat pun boleh buat hinggakan ada timbalan menteri langgar arahan PKP berkenduri di lapangan!
Tak payah pergi Parlimen pun! Telesidang pun boleh tak kan Malaysia ni koman sangat!
Lihatlah apa yang berlaku dari kenyataan Menteri Kewangan ini. Dua bulan lepas cakap lain, yang terkini cakap lain. Sudahnya bebanan dilonggok ke atas rakyat dan dana awam dihabiskan sewenang-wenangnya tanpa pemantauan.
Sudah sewajarnya semua rakyat sedar bahawa kuasa pemerintahan yang dicuri, pengkhianat yang jalankan misi langkah Sheraton sehingga tumbangnya PH adalah perbuatan mungkar yang tidak boleh dimaafkan.
Kalau anda juri awam untuk menilai prestasi Menteri Kewangan sebegini, antara 0 - 10, berapa anda nak bagi?
Sekian
Abg Aim