ADA RAYUAN UNTUK MUHYIDDIN


SARIDAH SH ABDULLAH

Dear TS Muhyidin,

Sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang melawan Mahathirism selama puluhan tahun. Malah sebelum pemecatan DS Anwar Ibrahim pada 1998 lagi, saya memohon kepada TS apalah kiranya selama Allah SWT masih mengizinkan TS bernafas di bumi Nya, BERMAKNA rezeki TS dan bakti tuan masih ada dan diperlukan, kembalilah ke PH semula.
Saya tidak bercadang untuk menulis panjang. Apabila saya mendengar TM meletak jawatan, saya yang telah order kurma Ajwa untuk berniaga kerana mencari wang lebih, telah sanggup membawa beberapa paket ke hadapan Istana Negara. Saya gembira. Akhirnya... Kemudian saya mendengar BERSATU keluar. Allahu berkecai harapan saya.
TS saya malah buat posting berkata walaupun TS dikatakan khianat, tetapi TS telah menyahkan Mahathir dari senario politik negara. Malah message beberapa orang mengatakan keyakinan saya terhadap TS, sedang buat sesuatu untuk memberi kebaikan kepada negara. Saya di 'ridicule' mereka. (Mungkin posting ini pun akan dicemuh dan ditertawa). Saya bersangka baik kerana darah alim ulama mengalir dalam tubuh TS dan juga sakit kanser yang dideritai TS, saya pasti yang TS ingin meninggalkan kebaikan di sini untuk merasa kebaikan di sana.
Kemudian TS menjemput DSAI dan bertemu dengan beliau, tahap optimism saya meningkat. Namun sayang seribu kali sayang meleset lagi harapan saya.
TS Muhyidin, bawa BERSATU semula ke dalam PH. Teruskan jadi PM dan DSAI TPM. REHATKAN Tun Mahathir. Sudah terlalu banyak kerosakan. PKR, AMANAH, DAP dan BERSATU bertaut semula dalam PH. Itu sahaja yang mampu selamatkan negara kita. TSMY tak sayang ke Malaysia? TSMY tak payah nak explain kenapa keluar dari PH, rakyat tahu siapa Hantu Culprit yang mendorong TSMY buat begitu.
Kembalilah ke pangkuan PH, TSMY. TSMY PM, DSAI TPM. Kembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi, sistem piliharaya. Maaf, TSMY mungkin tak sempat bertanding PRU15 kerana penyakit TSMY, tapi kesan tindakan TSMY akan ditinggalkan, diperbualkan dan akan membuka jalan-jalan pengkhianatan BUKAN sahaja dalam politik tetapi akan mempengaruhi sikap dan kehidupan rakyat Malaysia.
TSMY berumur 73 tahun dan saya berumur 60 tahun, kita punya anak-anak dewasa, sebagai penyambung warisan. TSMY sudah mempunyai cucu-cucu, saya belum ada rezeki lagi 😊. Soalan saya apa yang akan TSMY wariskan kepada generasi hadapan selain dari mengejar dunia HANYA untuk meninggalkan? Pemikiran dan gaya hidup rakyat dicorak oleh pemimpin mereka. TIDAK kah TS rasa bertanggungjawab dan berdosa?
TSMY anak seorang ulama, pasti TSMY lebih arif dari saya seorang suri rumah TIADA kelulusan tinggi. Pasti TS tahu apa peranan kita sebagai insan di bumi Tuhan. Takkan lah kita diciptakan, diberi rezeki, dikurniakan jawatan dan kedudukan HANYA untuk mencari sebanyak mana harta dan khazanah dunia sahaja?
Saya akhiri dengan doa dan harapan yang TSMY dan BERSATU kembali ke PH duduk bersama AMANAH, PKR dan DAP sekali lagi. Anggaplah itu sebagai kesilapan. Seseorang itu mulia apabila dia mengakui kesilapan dan meminta maaf serta mengambil tindakan yang betul.
Jangan terus mempertahankan kesilapan yang dilakukan dengan alasan-alasan dan tindakan yang cuba menutup kesalahan atau menyolek supaya nampak betul dan cantik. Kalau hitam, boleh la sapu bedak untuk putih sementara, tapi jika ianya busuk, walau ditutup, tetap meresap bau keluar baunya.
Saya rakyat yang yakin dalam setiap insan tidak semuanya tidak baik, cuma kerana mereka berada di tempat yang salah, maka kebaikan yang ada dalam diri tidak dapat diserlahkan. TSMY pulanglah ke pangkal jalan. Selamatkan Malaysia, rakyatnya, anak-anak saya dan TSMY. Mereka penyambung warisan.
P/S, TM, Najib, mereka jadi jahat kerana dikelilingi penyokong jahat. TSMY jangan aniaya diri. You deserve better than that.