Ramai kata 'Abah' terbaik, bila tanya apa hujahnya:-
1. PM berjaya tangani Covid-19 dengan baik - Bab berhadapan dengan virus Covid-19, pujian seharusnya dihalakan pada barisan hadapan dan barisan pakar dalam penyebaran wabak Covid-19. Ya, aku bagi kredit pada TSMY kerana secara keseluruhan dia akur dan patuh saranan yang diberikan pihak profesional. Namun walau siapa pun PM, aku percaya dia akan lakukan perkara yang sama.
2. Pakej rangsangan ekonomi terbaik dan prihatin - Bab ni ramai yang terpedaya terutama orang Melayu, apa ukuran pada pakej rangsangan ekonomi itu adalah yang terbaik (buat rakyat mahupun negara)? Jawapannya tiada ukuran kerana ia tidak dibahaskan dan diluluskan di parlimen. Ianya tak dikira terbaik hanya kerana kau atau Mak Cik Kiah dapat duit. Tiada satu negara pun didunia yang pemimpinnya sesuka-hati membelanjakan wang negara tanpa melalui parlimen. Keputusan yang dibuat oleh otak TSMY seorang mana mungkin lebih baik dari keputusan yang dibuat oleh 222 otak di parlimen selepas dibahas dengan mendalam untuk memberi yang terbaik pada rakyat dan dalam masa yang sama tidak menjahanamkan negara. Banyak lagi negara lain yang luluskan stimulus pakej yang jauh lebih besar dari Malaysia, ini bukti jika dibahaskan di parlimen, rakyat boleh dapat manfaat yang lebih besar dan berkesan.
3. TSMY baca doa lepas ucapan - Malas aku nak ulas bab ni, kalau kau suruh Lim Guan Eng baca doa pun dia boleh buat.
Lain? Ada lagi? Rasanya itu sahaja hujah nak mengatakan 'Abah' sebagai PM terbaik. Yang lain-lain tu banyak menunjukkan yang dia bukan sahaja tidak terbaik, malah PM paling teruk dalam sejarah Malaysia:-
1. PM pertama yang takut berhadapan sidang parlimen - Tak pernah dalam sejarah negara sidang parlimen pertama sebuah kerajaan baharu hanya membenarkan ucapan titah pembukaan YDPA tanpa sebarang perbahasan. Itulah kebaculan paling besar dalam sejarah parlimen negara.
2. PM paling boros dan membazir duit rakyat - 'Abah' kau ni adalah PM yang bertanggung-jawab membentuk saiz kabinet paling besar dan melantik puluhan ahli politik menerajui GLC. Semuanya dilakukan atas tujuan mengekalkan sokongan politik semata-mata. Yang dapat sokongan MP abah, yang menanggungnya rakyat macam kau yang kata dia terbaik. 🤦♂️
3. PM yang jelas terkantoi memberi rasuah dan khianat - Abah kau dengan selamba buat tak tahu pasal audio yang tersebar mengenai pengkhianatan dia terhadap PH dan rancangan beliau merasuah ahli politik UMNO dan PAS dengan jawatan. Masih tiada penafian dari beliau mengenai perkara ini, jika audio itu sahih, Abah wajar didakwa atas kesalahan rasuah.
Kadang-kadang segan aku dengan bangsa sendiri, mudah sangat terpedaya dan diperdaya. Mana tidaknya, PM seperti TSMY yang digelar 'Abah' dikatanya terbaik. Logik ikut mana? Hai Melayu...
#AbahKauBukanAbahAku