VIDEO DAN DOKUMANTARI :Pentagon secara rasmi dedahkan video UFO


Pentagon secara rasmi mengeluarkan 3 video pendek yang menunjukkan “objek tidak dikenali di udara” bergerak pantas semasa dirakam oleh kamera inframerah. (Gambar YouTube)

Pentagon secara rasmi mengeluarkan 3 video pendek yang menunjukkan “objek tidak dikenali di udara” yang sebelum ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat swasta.

Video itu menunjukkan apa yang kelihatan sebagai objek terbang yang tidak dikenali bergerak pantas semasa dirakam oleh kamera inframerah.

DUKUMANTARI PILOT 15 US NAVY
2 daripada video tersebut kedengaran suara anggota yang menyatakan kekagumannya apabila melihat objek itu bergerak dengan cepat.
Manakala satu lagi suara mengandaikan ia mungkin drone.
Sebelum ini tentera Laut mengakui kebenaran video tersebut iaitu pada September tahun lalu.


“Bagi menepis spekulasi dan tanggapan masyarakat terhadap rakaman video yang dikeluarkan sebelum ini sama ada ia realiti atau palsu dapat dilihat menerusi video ini.
“Setelah melakukan kajian menyeluruh, jabatan memutuskan pendedahan video ini tidak menyentuh sebarang sensitiviti kepada sistem atau kemampuan.
“Malah ia juga tidak mengganggu siasatan selanjutnya mengenai pencerobohan objek tidak dikenali di udara oleh tentera,” menurut jurucakap Pentagon, Sue Gough dalam satu kenyataan.
Tentera Laut kini mempunyai garis panduan bagaimana untuk melaporkan jika apa yang mereka lihat kemungkinan UFO.
Video pertama yang didedahkan tentera Laut sekitar Disember 2017 dan Mac 2018 kepada The Stars Academy of Arts & Sciences, iaitu sebuah syarikat yang diasaskan oleh bekas pemuzik Blink-182, Tom DeLonge yang mengkaji maklumat mengenai objek tidak dikenali di udara.
Pada 2017, salah seorang juruterbang yang melihat salah satu objek yang tidak dikenali pada 2004 memberitahu CNN ia bergerak dengan cara yang tidak dapat dijelaskan.

“Ia berlaku sangat pantas seperti bola ping pong, memantul dari dinding, ia melantun dan pergi ke arah bertentangan,” kata juruterbang Angkatan Laut AS yang sudah bersara, David Fravour.
Pentagon sebelum ini mengkaji rakaman objek yang tidak dikenali sebagai sebahagian daripada program rahsia sejak ia dilancarkan atas arahan bekas Senator Harry Reid dari Nevada.
Menurut Pentagon, program yang dilancarkan pada 2007 dan berakhir pada 2012 selepas mereka mendapati ada sektor lain yang perlu diberi keutamaan dan memerlukan dana yang lebih banyak.
Bagaimanapun menurut Luis Elizondo iaitu bekas ketua program rahsia, pada 2017 dia secara peribadi percaya “ada bukti yang sangat kuat kita mungkin tidak bersendirian.”
“Pesawat ini… kami gelarnya sebagai pesawat – menunjukkan ciri-ciri yang tidak ada dalam inventori AS dan juga inventori lain yang kami ketahui,” kata Elizondo mengenai objek yang mereka kaji.