Adakah kita sudah bersedia ?




Apa yang bakal berlaku selepas PKP ?

Ramai yang ingat , Selepas sahaja PKP ditamatkan . Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa .

Rangkaian covid boleh dihentikan , Tetapi untuk membunuh Virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya . Jadi , kita masih belum selamat . 

Sangkaan itu Mungkin betul , Tapi yang pasti selepas PKP , Kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm 

Kalau perasan sebelum ni , PM awal awal lagi dah sebut , Kita kena biasakan Dengan kehidupan baru Iaitu New Norm . 

New Norm ini adalah keadaan dimana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal , ianya Atas risiko masing masing . 

Walaupun kes covid dah Zero , Tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah “ Possible “ Yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru .

Walaupun kita akan bebas keluar semula .

Tetapi , Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi .

1 ) Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 Meter

2 )Keluar bila memerlukan sahaja . Terus pulang kerumah selepas waktu bekerja 

3 )Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti Majlis kahwin , konvensyen dan sebagainya

4 ) Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh , sehingga satu dunia bebas dari covid . Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid ? Mungkin mengambil masa 1-2 tahun .

5).Tidak digalakkan untuk bercuti dan belegar di shopping mall , Pawagam mahupun Pasar Borong 

6). Sentiasa mengamalkan personal hygiene , Hand sanitization , Menutup bersin dengan siku , Memakai Mask jika perlu .

7).Tidak digalakkan melepak di warung , Kedai mamak dan sebagainya . Tiada lagi tontonan Live bolasepak di premis makanan 

Apa yang akan berlaku seterusnya ?

1 - Pemilik Microbusiness juga akan terkesan dengan kerugian . Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja .

2- Microbusiness juga akan terkesan Seperti Kilang pengeluar , Dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja .

3- Sektor Perhotelan / Resort / Kelab golf / Shopping complex / Taman tema - Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi

4- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja

5- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas . Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil ?
Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni ? 

6- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas . Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan 

7- Bagaimana dengan sekolah / Kolej dan universiti ? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing . kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat

8- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi

9 . Rakyat akan mula berjaga jaga , Dan cuba mengelakkan risiko jangkitan . 
Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene .

10 - Oh ya ! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot  ? 

11- Perniagaan perabot juga akan terkesan . Siapa yang mahukan perabot baru dikala income bulanan tidak menentu? 

Dan banyak lagi .

Kesimpulan disini , Selepas tamat waktu PKP , Itu bukan lah titik noktah kerana rawatan utama untuk covid masih belum lagi ditemui . Oleh itu.. Risiko jangkitan dan kematian  masih tinggi .

6 bulan yang akan datang , Adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar dimana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi .

 Saranan 

1 Berjimat sebaik mungkin . Apa saja duit simpanan yang ada , Simpanlah selagi boleh . 

2- Basuh semula pakaian lama , Dan pakai semula . Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru

3- Hidup dalam besederhana

4- Jimatkan pengunaan elektrik dan air 

5- Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil

6- Kurangkan kos perbelanjaan makanan Dengan hanya membeli makanan
[10:28 pm, 27/04/2020] Amiramiruddin: yang perlu sahaja . . Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah diluar  Sebaiknya masak dirumah lebih menjimatkan

7- Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan .

8-Kurangkan pengunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol , kos selenggara dan kos minyak

9-Menumpang dengan ahli keluarga . atau menyewa rumah . Elakkan pembelian hartanah buat masa ini . Loan pun susah lepas , & Belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal .

Berikut adalah beberapa saranan sahaja , Untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 bulan - 12 bulan akan datang 

New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi . Yang pastinya Bukan mudah , Tetapi adalah untuk keselamatan Nyawa Masing Masing 

Dan Ingatlah . Untuk tempoh Ini 
“ Cash Is King . “ 

Jimatlah sebaik mungkin . 

Apa yang bakal berlaku seterusnya ? Tiada siapa yang tahu 

Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera , Barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu .