Ulama syaitan pada pandangan Imam Ghazali
ULASAN: Benar lah apa yang ditulis oleh Imam Al Ghazalie di dalam Kitabnya Bidayatul Hidayah, kelompok ke 3 dikalangan orang berilmu, A’lim mereka ini kelompok yang tertipu dengan tipudaya Syaitan.. Mereka ini mengejar kedudukan dan pangkat dan akhirnya merosakkan Manusia..
Apa yang disebut Imam Ghazalie ?
ورجل ثالث استحوذ عليه الشيطان؛ فاتخذ علمه ذريعة إلى التكاثر بالمال، والتفاخر بالجاه، والتعزز بكثرة الأتباع،
” Seseorang yang terperdaya dengan tipudaya Syaitan . Dia mempergunakan ilmunya sebagai satu jalan untuk memperbanyak harta, serta untuk berbangga dengan kedudukannya dan menyombongkan diri dengan ramai dan besarnya jumlah pengikut…”
يدخل بعلمه كل مدخل رجاء أن يقضى من الدنيا وطره، ن وهو مع ذلك يضمر في نفسه أنه عند الله بمكانة، لاتسامه بسمة العلماء، وترسمه برسومهم في الزى والمنطق، مع تكالبه على الدنيا ظاهرا وباطنا
” Ilmunya menjadi jalan meraih kepentingan duniawi. Dan bersama dengan dia itu Perasaan Bangga seolah olah hanya dia adalah kelompok yang di redhai disi Allah dengan cara dia berpakaian, dan kepandaian berbicaranya yang mana seperti ulama, padahal ia begitu tamak kepada zahir Dunia dan Jiwanya..”
Apakah kita merasakan kelompok ini akan Bertaubat ? Sudh tentu tidak sebagaimana ada sifat (Al Kibr) kepada kelompok Iblis..
Berkata lagi Imam Ghazalie..
.. فهذا من الهالكين، ومن الحمقى المغرورين؛ إذ الرجاء منقطع عن توبته لظنه أنه من المحسنين، وهو غافل عن قوله تعالى (يَأيُها الَّذين آمنوا لِمَ تَقولونَ مالا تَفعَلون) . وهو ممن قال فيهم رسول الله: (أنا من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال)
” Mereka dari kelompok ketiga itu disebutkan diatas termasuk golongan yang binasa, Bodoh, dan tertipu. Orang seperti ini dia takkan Bertaubat kerana merasakan Dirinya dikalangan orang yang baik disisi Allah.. Sedangkan ia lupa dari firman Allah SWT..
يَأيُها الَّذين آمنوا لِمَ تَقولونَ مالا تَفعَلون
`Wahai orang-orang yang beriman. Mengapa kalian mengatakan apa-apa yang tak kalian lakukan?!`
( Surah As-Shaff: ayat 2).
Mereka ini termasuk mereka yang disebutkan Rasul ﷺ., `Ada yang paling aku khawatirkan dari kalian berbanding Dajjal.`.. ”
( BIDAYATUL HIDAYAH : Imam Ghazalie )
Maka apa yang diungkapkan oleh Imam Ghazali.. Berlaku dihadapan kita hari ini… jelas berlaku dihadapan kita hari ini.. Mereka merasakan mereka lebih mulia dari selainnya… lalu membuat Fitnah dan Kejahatan atas nama Agama…
Memang Itu lah Sifat dan asal Penderhakaan Iblis yang Alim dan datang dari makhluk Allah dikalangan Ahli Ibadah…
Semoga Alah berikan kita perlindungan dari Kalangan Ulama’ Jahat ini..
Ipohmali