Mat Saman Kati
Berdialoq dalam FB beliau....
Kilang beer ini akan terus menjadi bahan politik untuk meraih undi. Masa kempen, bukan main galak nak tutup tapi bila berkuasa, tak ada siapa yang berani tutup. Tak kisah la PN ka atau PH ka...sama saja.
Kilang ni dalam negeri Selangor...dibawah PH. Depa ada kuasa mutlak untuk membenarkan ia terus beroperasi atau tidak. Tapi depa tak buat.
Bila mai surat dari KPDNEP, penyokong PH dok jaja surat ni.
Kilang ni dah tutup operasi depa dan cuma memohon untuk pelepasan pekerja-pekerja maintenance. Yang tu sapa pun tak mau bising.
Dua kali lima.
Dok kecoh bab arak ini bukan apa, bila walaun dan yang beragama dok jaja nak tutup kilang arak la..nak tutup genting la bagai. Jadi bila hal ini berlku kini dan ditambah pulak dengan puak lebai yang rajin dok jaja kononnya nak tutup semua kilang arak, maka dijajalah hal yang ini.
Tau sapa dia tukang jaja, ni lebai ni, bukan main lagi dia...nak tutup kononnya, la ni dah ada dalam kerajaan pemerintah, apa lagi usahakanlah agar ianya dapat ditutup.
Apa yang aku nampak dalam isu lesen ini ialah, orang Islam cuba nak endorse peraturan agama Islam ke atas non muslim, sebab tu mereka mainkan isu lesen neh. Jika tidak, apa asas mereka? Kilang ini wujud sejak zaman BN & selagi mana tiada perlanggaran undang-undang, kenapa nak pertikaikan lesen mereka?
Boleh bercakap soal gaji, soal hak pekerja, soal keselamatan di tempat kerja, tapi kenapa focus : LESEN?
Umat Islam kena berhenti enforce non muslim untuk hidup sebagaimana kita hidup. Mereka boleh minum arak. Kita boleh bercakap soal ketatkan peraturan agar peminum & penjual tak kacau hak masyarakat, tapi bukannya argue bab lesen = peraturan yang membenarkan penjualan arak.
Jika penyokong PN anggap lesen itu masalah besar, dalam Parlimen nanti buat satu akta baru. Semua lesen kilang arak akan ditarikbalik & kilang ditutup. Sampai bila nak gaduh isu lesen bertahun-tahun neh. Takde kerja ke? Saya serius tak faham.
Sebenarnya bab lesen atau apa saja hal ni terletak bawah KPDNDHEP. Walau bagaimana pun, kerajaan negeri lebih berkuasa. Haaa. kilang ni dok dimana?
Negeri mana, dulu lebai pun ada apa dalam Negeri ni, sebab tu depa senyap sahaja....sebab tu orang cakap Pas n lebai walaun ni, dia buat asal kena pada dia...kalau kena pada orang lain , dia punya hentam sampai tak panggung kepala.Haramjadah sungguh.
Siapa yang mempunyai authority untuk buka atau tutup? KPDHENP atau state?
Banyak lagi kementerian yang terlibat, bukan takat kastam saja. Tapi siapa yang berkuasa untuk melulus atau menutup sesuatu perniagaan?
Isu yang sentiasa hangat ialah bila PH pembangkang, depa kutuk kerajaan tentang arak, judi. Bila depa menang, apa pun tak buat.
Yang Pas pun sama, masa pembangkang guna isu arak dan judi. Bila menang, apa pun tak buat.
Pasal lesen ni timbul sebab kuasa untuk menutup atau membuka sesuatu kilang itu. Setakat KPDHENP, sikit sangat kuasanya. DOE lagi berkuasa untuk mengarahkan penutupan.
ok..hasil dari perbincangan ini maka hasilnya ialah politik ni memang macam ni sampai kiamat la nampaknya bab kilang arak ni...Nak harap Pas depa pun tak boleh buat apa , harap sembang saja....kesimpulannya ialah bawa masuk parlimen dan bincangkan...apa ada hal BMF la kan......