Malek Hussein
Ada entah siapa persoalkan aku kerana mengkritik pelantikan Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah ketika musim COVID-19 ini. Aku cakap soal kepentingan negara, dia heret perkara peribadi.
Dia berkata:
“Awat pi share bnda yang menyebakan kamu di alam kubur jadi susah
kamu kenai sangat ke dengan Hadi
bole berbahasa arab.. bole baca quran dengan betui ke”
Aku pun jawab:
“Aku mengenali Ayah Chik sejak aku bujang lagi. Pada tahun 1981, sebagai Setiausaha PAS Kawasan Setapak, aku “introduced” dia di khalayak KL, menampilkan[nya] sebagai panelis Simposium Negara Islam yang aku kelolakan.
Aku menjadi sahabat[nya] bertahun-tahun sejak itu. Kami menunaikan haji sekali pada tahun 1984, menemukannya dengan wakil tokoh Iran di Karachi, Pakistan.
Secara peribadi, kami kekal bersahabat, walau berbeza haluan politik. Aku sering berbeza pendapat dengannya, tapi itu tak menghakiskan persahabatan kami.
Ada perkara peribadi, kami bersemuka berdepan. Tapi dalam soal melibatkan kepentingan negara dan rakyat terbanyak, aku suarakan secara terbuka.
Apa masalah kamu?
Seperkara lagi, kamu sentuh soal bahasa Arab dan al-Qur’an. Pada 1993, aku menuntut di Beirut, Lubnan dalam pengajian al-Qur’an. Aku tak suka menyombong diri, tapi aku percaya kamu ikhlas bertanya. Cukup sekadar itu. Salam.”