*SAPU TETAP SAPU...*



Nama penjual karpet terkenal, Deepak Jaikishan, dikatakan berkumandang di dalam siri mesyuarat-mesyuarat kabinet terkini kerajaan Perikatan Nasional.

Senada dengan Deepak adalah nama-nama syarikat seperti Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd serta syarikat tekstil terkemuka Jakel Trading Sdn Bhd.

Pharmaniaga dan Jakel telah disahkan sebagai pembekal peralatan untuk kegunaan frontliners dalam perang melawan wabak Covid-19... 

Dalam satu surat pekeliling yang diedarkan kepada semua Pengarah Kesihatan Negeri pada 31 Mac lalu... Memaklumkan mereka tentang pembekalan dan pengedaran keperluan keselamatan... PPE atau personal protective equipment. 

Manakala Deepak pula dikatakan orang tengah bagi mendapatkan bekalan PPE yang dikehendaki... Di mana titik temu ini berdasarkan pengalamannya yang luas dalam bidang permaidani... Hanya mereka yang terlibat sahaja yang boleh menjelaskan.  

Namun dikatakan telah mula kecoh di kalangan ahli-ahli kabinet hari ini tentang kebarangkalian besar terdapatnya penyelewengan dalam perolehan peralatan-peralatan ini di mana pada 12 April lalu... Ketika para frontliners bersabung nyawa memerangi Covid-19 di samping menghadapi kekurangan bekalan peralatan keselamatan seperti PPE... 

Peralatan-peralatan yang dibekalkan pula didapati tidak mematuhi piawaian dan terpaksa ditolak... Rupa-rupanya barang murah dari pembekal di China.

Pembongkaran ini adalah bertujuan untuk mendedahkan betapa rakusnya politikus dan kroni-kroni mereka dalam menjarah kekayaan negara tanpa menghiraukan walau nyawa insan-insan di baris hadapan yang bertarung dan mendedahkan diri mereka kepada jangkitan dalam merawat dan berusaha menyelamatkan pesakit Covid-19. 

Dokumen bocor mengesahkan peralatan termasuk face mask N95 dan KN95 telah melalui fit test sebelum diluluskan untuk kegunaan petugas baris hadapan. 

Didapati bekalan facemask KN95 gagal ujian fit test oleh Jawatankuasa Infeksi dan Antibiotik Kebangsaan dan tidak boleh digunakan oleh petugas baris hadapan yang menangani pandemik Covid-19. 

Jabatan Kesihatan telah dimaklumkan untuk mengeluarkan peralatan tersebut dari senarai N95 supaya tidak membahayakan petugas.

Ini adalah suatu krisis di dalam krisis, di kala jumlah kes berada pada paras 5,532 kes yang sedang dirawat, proses perolehan bekalan peralatan yang kritikal ini pun mahu dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan. 

Terang-terang satu permasalahan yang sudah diulang berkali-kali oleh para pejuang baris hadapan dalam krisi Covid-19 ini adalah mereka menghadapi kekurangan bekalan PPE. 

Dalam keadaan begini pun masih ada politikus dan kroni yang mengambil kesempatan.

Dan ini dikatakan mencetuskan perdebatan hangat di kalangan ahli-ahli kabinet di mana nama-nama insan dan syarikat di atas dikatakan menjadi sebutan.

Ia tidak berakhir di situ.

Pada minggu lalu... Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Azmin Ali memaklumkan bahawa semua pekerja di bawah sektor yang mendapat perlepasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harus menjalani saringan di mana-mana dari 3,000 klinik-klinik panel Perkeso dan timbul masalah dalam perolehan bekalan antigen rapid test kit untuk kesemua klinik-klinik tersebut... Serta bekalan dari sumber yang dikatakan kualitinya harus diteliti oleh kabinet memandangkan berlaku ketirisan yang teruk dalam perolehan PPE sebelum ini. 

Dikatakan Azmin dan Menteri Kesihatan yang kini terkenal di serata dunia, Dr Adham Baba begitu sibuk menguruskan projek ini. 

Dan Azmin juga banyak berhubung dengan Korea Selatan demi menjayakan projek ini.

Apakah ini satu lagi projek jarahan harta negara yang bakal dibongkar dengan lebih teruk...? 

Nyawa pejuang baris hadapan negara mungkin sekadar pemanis kata di hadapan kamera oleh sang politikus yang dilamun kerakusan bermandatkan kuasa...