Pilihan potongan peruntukan, gaji hadapi kejatuhan harga minyak
Hasil petroleum merupakan 40% daripada hasil negara yang diagih-agihkan dalam peruntukan belanjawan pada setiap tahun.
Oleh kerana harga minyak mentah kini menjunam di bawah AS$20 setong berbanding AS$63 setong ketika belanjawan 2020 dirancang, kemungkinan belanjawan 2021 akan menyaksikan Putrajaya melakukan pemotongan ke atas peruntukan yang kurang penting.
Harga minyak WTI – penanda aras AS untuk harga minyak mentah – merudum teruk pada Isnin kepada di bawah AS$16 setong untuk pertama kali dalam tempoh 20 tahun. Malah, penjual terpaksa membayar pembeli untuk mengambil tong minyak bagi mengosongkan ruang simpanan disebabkan lebihan bekalan.
Sementara itu, harga minyak Brent – penanda aras harga minyak global – pula diniagakan pada kadar AS$16 setong.
Penganalisis ekonomi dari Sunway University Business School, Profesor Yeah Kim Leng berpendapat, Putrajaya mungkin terpaksa menggabungkan beberapa langkah menggandakan perolehan, memotong perbelanjaan dan meminjam dengan lebih banyak.
Katanya, kerajaan juga perlu mengoptimakan sumber perolehan bukan cukai termasuklah dividen syarikat berkaitan kerajaan, penjualan aset dan pelbagai mode penswastaan lain.
“Dalam aspek perbelanjaan, kerajaan boleh mengalihkan perbelanjaan, misalnya dari sekuriti kepada kesihatan.
“Ia juga boleh mempertimbangkan pengurangan perbelanjaan keseluruhan dengan pemotongan gaji dan perbelanjaan lain dan menangguhkan projek pembangun