Hairan tak? Semenjak Merdeka sampai sekarang, parti MCA dan Gerakan dibenarkan memaki dan menista Islam semahu mereka dan tiada tindakan yang diambil ke atas mereka.
UMNO seperti memberi lesen besar kepada MCA menyebar kata nista dan cacian serta fitnah ke atas Islam kepada masyarakat bukan Islam dan juga kepada orang2 Islam sendiri.
Manakala, DAP yang hanya berkata"Langkah Mayat DAP Dulu kalau Negara Islam" pada masa PRU 1990 dimainkan sampai lah matinya mendiang Karpal Singh sedangkan kenyataan itu benar-benar sekali dan tidak diungkap secara berterusan.
Ada pun MCA secara terbuka dan berulang-ulang memaki dan menista Islam namun mereka dibenarkan tanpa apa-apa tindakan walaupun pemimpin-pemimpin MCA layak didakwa di bawah Akta Hasutan.
Kalau dilihat bahasa-bahasa yang digunakan oleh MCA terhadap Islam kita boleh simpulkan bahawa UMNO parti dayus kerana membiarkan MCA menghina Islam sebegitu sekali tanpa satu pun tindakan. UMNO benar-benar dayus dan tak layak mengaku pejuang Islam.
Di bawah ni diberi beberapa contoh. Banyak lagi contoh lain tapi cukuplah contoh dibawah:
1.0 *MCA Anti Hudud sama sekali lebih buruk dari DAP* : Mengikut kenyataan mantan Presiden MCA di bawah. MCA dari MERDEKA sehingga hari ini menentang perlaksanaan hukum syariah di Malaysia. Sepanjang masa itu, UMNO hanya berdiam diri dan membiarkan MCA memaki dan menista hukum ISlam tanpa apa2 tindakan walau sedikit pun
KUALA LUMPUR: MCA hari ini mengulangi pendirian untuk membantah mana-mana rang undang-undang bagi pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, pelaksanaan hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaa Persekutuan dan menjejaskan hubungan antara-etnik.
2.0 *MCA ANTI NEGARA ISLAM*: Yg dipopularkan oleh UMNO hanyalah kenyataan mendiang Karpal Singh sebelum PRU 1990. Tapi kenyataan-kenyataan MCA menista dan memaki Negara Islam jauh lebih banyak. UMNO hanya berdiam diri dan membiarkan MCA memaki dan menista Negara Islam. Rujuk kenyataan di bawah:
3.0 *MCA menentang kuatkuasa peraturan menutup aurat*: MCA sememangnya menentang segala peraturan yg berkaitan syariah Islam. Ini termasuk peraturan menutup aurat yg PAS pernah laksana di Kelantan dahulu.
4.0 *MCA memperjuangkan supaya hukum syariah tidak bertambah di Malaysia*:
MCA antara yang paling lantang menolak RUU355 walaupun RUU355 ini bukan berkaitan dengan hudud.Kenyataan Wanita MCA di bawah menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu pertambahan kepada undang-undang Syariah yang sudah ada. Ini bermaksud hudud juga ditolak dan ditentang oleh MCA untuk dilaksana di Malaysia.
5) *MCA menyalahkan DAP kerana menaikkan PAS ke tampuk kuasa yg membolehkan PAS melaksana hukum Islam*:
Kata mantan Presiden MCA Liow Tiong Lai:
Malahan, terdapat kenyataan dari Ustaz Nasaruddin Tantawi yang telah menyenaraikan kata-kata pemimpin MCA yang kurang ajar dan biadap menista dan memaki Islam.
Senarai kurang ajar dan biadap MCA kepada Islam boleh di baca di bawah
KESIMPULAN: Sememangnya MCA terlindung dari apa-apa tindakan mahupun kutukan ataupun kritikan mahupun teguran apabila mereka mengcam, mengutuk, menista, memaki serta merendahkan Islam serta hukum syariah Islam.
DAP pula diserang habisan walaupun kritikan mereka hanya ditujukan kepada orang Islam dan bukan kepada agama Islam.
Ini dipanggil "double-standard" aataupun "lidah bercabang"
Puak2 ini tidak hirau sangat pasal Islam. Mereka cuma mahu memastikan DAP kalah dan merampas kembali kerajaan.
Islam takda makna untuk puak-puak ini.
*TULANG BESI*