Farhash Wafa Salvador
Merujuk kepada pautan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan isu pekerja asing di negara kita, statistik yang diperolehi adalah daripada badan bukan kerajaan(NGO) yang juga pernah dilaporkan oleh media sebelum ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dilaporkan menyebut tenaga buruh Malaysia meningkat dua peratus kepada 15.6 juta orang pada tahun 2019 berbanding 15.3 juta orang pada tahun 2018.
Namun angka statistik yang dirujuk oleh DSAI pernah dilaporkan di dalam laporan Berita Harian bertarikh Mac 19 pada tahun lepas yang diambil dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI).
Didapati warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.
Berdasarkan statistik NGO itu, lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.
Bagi menjawab satu laporan polis oleh Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung hujahan berkenaan pekerja asing sebagai berita palsu adalah tuduhan yang memesongkan fakta.
Kebimbangan yang cuba disampaikan adalah isu berkenaan ujian kes covid-19 bagi pekerja-pekerja asing ini jika tidak dipantau, akan memudaratkan keadaan sebagaimana yang sedang dihadapi kerajaan Singapura.
Papagomo tidak harus menghabiskan masanya kerana dendam lama, malah harus bermuhasabah diri agar tidak menyusahkan diri sendiri seperti sebelum ini.
Sekian.