Marah memang la marah. Siapa tak marah bila mana dia menang atas tiket PH guna logo Keadilan, kemudian dapat jadi menteri bawah kerajaan PH, tiba-tiba dia berpakat dengan semburit untuk khianat dengan partinya sendiri, dengan Pengerusinya sendiri, dengan PH itu sendiri, dan menyertai satu kumpulan yang ada di dalamnya parti kleptokrasi, hanya kerana mahu jadi PM.
Bohonglah kalau tiada yang marah kecuali orang itu tiada sedikit pun iman di dadanya. Hanya orang yang tidak beriman yang akan sokong perbuatan khianat.
Meskipun aku marah, tetapi bila ditatap lama-lama wajah dia ni, timbul rasa simpati dan kesihan pula. Wajahnya semakin kusam, semakin nampak tua tak terurus, kelihatan tidak sihat dan tidak tenteram pada raut wajahnya. Bila raut muka tidak sihat, sudah pasti otak pun sama juga.
Sebab itu, perlantikan para menteri yang dibuat, mahu cari seorang menteri dari 70 menteri dan timbalan yang cerdik sikit amat susah sekali. Paling cerdik mungkin KJ, itu pun KJ tidak banyak bercakap. Mungkin dia sedar dia tiada mandat rakyat untuk berada dalam kerajaan pintu belakang sekarang.
Kalau mahu cari yang paling tidak cerdik pun amat sukar kerana masing-masing bersaing rapat. Menteri Alam Sekitar bersaing dengan menteri kesihatan, contohnya.
Begitulah keadaannya jika kita sendiri tidak sihat, lemah dan tiada kekuatan, tetapi kerana nafsu telah menguasai diri, kita sanggup lakukan sesuatu yang akhirnya memakan diri kita. Wabak COVID-19 masih boleh dijauhi dan dirawati walaupun agak sukar. Tetapi "wabak nafsu tamak dan rakus" tiada ubatnya kecuali beristighfar dan kembali kepada Allah.
Celakalah terhadap sesiapa yang khianat kepada mandat dan amanah rakyat serta yang membantu dan menyokong kerja-kerja khianat mereka. Matlamat tidak menghalalkan cara.
WFAUZDIN NS