Asalamualaikum sahabat semua,selamat berehat pada saptu dan ahad ini
Pagi ni saya nak tulis tentang keyakinan saya bahawa dengan izin Allah swt jua Yb Dato Seri Amwar Ibrahim akan berjaya menjadi PM ke 8 walaupun usaha telah di buat menyekat beliau oleh dr m mengunakan kaedah pecah dan perintah
Dalam PKR Tun Dr M mengunakan Azmin Ali dan teamnya untuk melemahkan Anwar dengan bantuan tun daim mereka berjaya menjadikan azmin ali lupa dan hilang pertimbangan. Sehingga PKR bergolak dengan dasyatnya
Dalam Umno tun m mengunakan Hishamudin untuk terus melemahkan umno,ini juga berjaya menjadikan umno kelam kabut dan Ahli Parlimen mereka tidak stabil...
Selama ini perancangan tun dr m mendapat izin dan ketentuan Allah swt semuanya berjaya,tetapi masa itu Allah swt sertakan bersamanya parti yang kuat iaitu umno. Tidak ada siapa mampu mengugat beliau apabila beliau berkehendak....
Kali ini Allah swt pinjamkan lagi jawatan PM kepada beliau dengan bersama parti yang lemah dan gabungan partinya PH mempunyai pendekatan berbeza dan kekuatan hampir seimbang dari semua parti. Hal ini sangat di sedar oleh tun m....
Perbezaan jelas kesukaran tun m kali ini untuk menyingkir anwar kerana mereka berlain parti, nak di pecat anwar bukan parti beliau. Mengunakan polis seperti sebelumnya tetapi kali ini IGP yang bersama tun m agak lemah dan tidak mencengkam kuat dalam pdrm. Tun telah cuba tetapi nampak tempang dan terlalu jelas gerakan itu di sedari oleh rakyat
Saya percaya dalam perjumpaan majlis presiden PH perkara peralihan kuasa ini telah kerap di bincangkan dan selesai. Malah saya menjangkakan bila waktu yang sesuia pun telah di bincangkan. Tetapi tun m akur di dalam,tidak di luar....itu sebab yang terbaru dalam wawancara beliau menyebut selepas apec atau tahun 2021....
Keyakinan penyokong tun m bahawa tun m boleh buat sesuatu perkara ajaib amat tinggi. Itu sebab khairudin abu hassan dan mereka yang di gunakan oleh tun m dari tahun 97 sentiasa berani. Begitu juga Azmin,Zuraidah dan Hisham.....tetapi tidak kali ini...
Kali ini semua yang di buat oleh tun dapat di kesan awal. Dan tun m pun hanya dalam pemikiran beliau siang malam pagi petang hanya keselamat anak anak juga keluarga beliau dan keselamat beliau...sudah tak ada keutamaan tentang negara....jauh tentang agama dan bangsa....anak tun m pun walaupun kaya raya tapi berada dalam keadaan takut dan tidak tenang...
Antara strateji akhir saya yakin kenyataan LAT semalam atau Latifah Koya iaitu akan keluarkan semula kes kes profil tinggi semua ini arahan tun m untuk menakutkan ramai pemimpin umno. Supaya tun m boleh guna perkara yang sama untuk menarik sokong secara paksa kepada beliau....ini cara lama....pulak tu rakyat pun suka sebenarnya sprm keluarkan kes kes ini.....
Menjelang awal tahun 2020 saya amat amat yakin desakan meminta tun m berhenti akan bergema dengan lantangnya dari berbagai sudut dan parti. Termasuk juga desakan itu akan datang dari team Presiden bersatu Tan Sri Muhyuddin Yassin. Saya yakin dan percaya Tan Sri Muhyuddin Yassin akan menjadi timbalan Perdana menteri kepada Anwar Ibrahim....jika beliau terus bersama tun beliau tak akan dapat peluang itu....tun bagi peluang itu pada azmin dan hisham....apa kah muhyuddin tak tau....tauuuu
Kali ini saya juga berdoa pada Allah supaya tarik lah kembali kuasa yang di pinjamkan kepada Tun M....kuasa kun fa ya kun yang Allah swt pinjamkan sementara pada dr m dengan kuasa di dunia tetap adalah hak mutlak Allah swt bukan milik dr m....
Cukup lah kehancuran yang dr m telah buat dengan memecah belahkan sesama islam di malaysia ini. Jika ada berlaku apa juga kes termasuk rasuah di kalangan pimpinan terutama umno itu semua kerana sistem yang telah di buat oleh dr m selama ini. Jika najib beli jam 500 k pada rosmah entah untuk kali keberapa kita pun tak tau....begitu juga mokzani juga punya jam yang semahal itu malah lebih mahal dari itu...kerana sistem itu telah di cipta oleh manusia bernama dr m....
Jika zahid mengunakan yayasan utk kepentingan peribadi dan di jadikan tempat simpanan tabung....apakah dr m tidak buat begitu....jawapannya yer kerana maha guru segalanya adalah dr m....jika di buat siasatan terhadap yayasan perdana....pasti akan ada salah laku,terutama sumber kewangan Yayasan Perdana.....jika nak cari salah....tapi dia selamat dari itu....
Apa pun Azmin Ali dan Zuraidah juga team mereka sedang menuju jalan MATI kerana Azmin bukan lah tokoh yang terlalu kuat bertahan....dia ada masalah beratus ratus bersama beliau....walaupun beliau dan tun m berjaya menyediakan bakal iGP orang sangat dekat dengan Azmin...
Hamdan Taha
Sabtu...